42/365

Selasa petang haku merempit ke Nikon Service Center, Berjaya Times Square. Antar dslr nk cuci sensor (dlm bodi) dek kerenah habuk2 dust gitu. Enam poh hinggit kalo x bawak warranty card.  Dem.

Salam kengkawan yg selalu sudi singgah2 jenguk2 komen2 blog haku yg merapu nih.

Sebenarnya hari ini rasa nak menulis curahat lagik tentang perilaku manusia. Haku nikan penyelidik sosial.. *Ketawa.

Korang faham x apa maksud “Datang Tak di Jemput, Pulang Perlu Di hantar?”.. Ini bukanlah jampi memanggil hantu atau syaitonn.. *Ketawa lagik.

Gambar2 dibawah sekadar hiasan semata2 oke.

Nikon Service Center, Berjaya Times Square, KL

Haku nak bahaskan pasal tetamu yg x reti bahasa. Maksudnya dah la datang x dijemput lepas tu bikin onar, tetamu macam ini sudah semestinya perlu di tunjuk pintu balik agar blah cepat-cepat. Tapi itu hanya perumpamaan je. Bukan haku suruh korang pi halau tetamu korang bila korang x suka.. kannnns. Kita sebagai masyarakat Islam perlu meraikan tetamu malah masyarakat lain pun amat meraikan tetamu tapi sebagai tetamu kita perlu sedar akan tindakan diri agar orang sekeliling berasa selesa bila kita bergaul dengan mereka. Tetamu memang perlu diraikan.. tapi yg x bestnya bila tetamu pijak kepala tuan rumah. Rasa nak bagi penampar cap gajah je kannns.. Tapi kena sabar itu bukan tindakan yg berhemah. Kita ada tamadun dan peradapan. Jangan buat perilaku dengan mengunakan kepala lutut ye.

fishermen

Sebagai tetamu perlulah menjaga adat dan perilaku. Dan yg paling penting menjaga hati tuan rumah. Apa yg haku nak tulis ni bukan nak mengaibkan orang atau menjatuhkan air muka orang tapi sebagai pengajaran agar kita x membuat kes yg sama seperti yg haku tuliskan itu. Jika ingin merapatkan siratulrahim perhubungan mesti dijaga dengan baiknya. Kalau dah sang tetamu dan sang tuan rumah macam “tak ngam” mesti ada perasaan x puas hati pada pihak tertentukan. Bila dah x puas hati mesti rasa x gembira jika berjumpa lagi. Bila x gembira mesti rasa jauh hati dan bila dah jauh hati mungkin hubungan siratulrahim pun akan jauhhh jugakan..

a good place to test your lens

Jadi, sebagai tetamu (yg makan cili dialah terasa pedasnya) apa yg x perlu korang buat kalau bertamu rumah orang :

Janganlah komen2 lagik kalo komen korang tak kuar2 dalam blog haku nih.
Itupown tak paham ker.. Kahh?
Baper kali mau cakap daaaa.. aiyooo

a great lens for the money, but not in production anymore

19 thoughts on “42/365

  1. selamat hari jumaat en_me. zie paham dah, “a good place to test ur lens”.sebab miniature tu kecik2, so nk tau sharp ke x kan gambar tu di snap..

    jenuh pikir knape en_me tulis camtu..skrg dah dapat dahhh…heheh

    comel sgt benda kenit-kenit tu..mcm kampung nelayan kat umah kami je..hehe

  2. Err…. kalau kita buat salah mintak mahap laa….

    Tengok first pic tu, rasa pelik sikit. Pastu baru perasan… makcik tu sorang je manusia, kah kah…!!

  3. Errr pertama kali sampai kat sini.. dulu2 ada komen di Memang Lumayan Six.. He he..
    Macam kat blog dulu, enjoy tgk en me ambik gambar.Teknik yg hebat especially #2 – penggunaaan shutter speed yg unik. Kawe belum lagi terpikir nak buat effect yg cam tu.😀

  4. Me,
    gambar2 itu terutamanya 2 yang paling atas, memang lumayan!! best!! meruntun kalbu!!
    kipap da gud werk😉

    we want more!

    we want more!

    we want more!

Comments are closed.