Month: March 2011

62/365

Berpetualang ke Temasik. Part III.

Turun dari Skypark, haku lepak2 tangkap gambar tepi pentas pulak. Ada Light & Water show dipanggil Wonder Full yg biasa2 aje.

Singapore skyline

Ini gambar aQi masa jalan2 dlm Marina Bay Shopping Center. Tapi kami x masuk dalam kasino oke.

Genting’s Singapore Casino

Menara Tinjau – Pedas

Senja Ahad, pas antar aTi kat asrama Jasin, haku singgah amik gambar sunset kat tempat rehat yg ada pemandangan diatas bukit dekat Rest Area Pedas/Linggi.

Punyalah tinggi anak tangga haku daki. Dengan tripod besar gedabak. Mengah sehh. Bila sampai atas, baru haku perasan, terlupa pulak bawak camera mount (a detachable plate with a thumbscrew to hold onto the camera). Jadi haku amik handheld sajer.

Pedas Lookout Point, Plus Highway

Tapi haku rasa lebih sesowai kalo amik gambar masa terbit mentari kat sinih.

Pedas, Negeri Sembilan

61/365

Berpetualang ke Temasik. Part II.

Berpeluang naik keatas Skypark (SGD20). Bukan saje xleh guna tripod yg haku bawak. Tapi payung pon xleh nak dipakai. Sibbaik ujan gerimis je.

Perhatian. Patung Merlion yg popular itu sedang ditutup, mungkin sedang diperbaiki agaknya. Dulu pernah sekali, patung Merlion ditutup sbb disambar petir. [+ channel news asia 2009 ]

Updated: Sebenarnya patung Merlion sedang dipindahkan sementara ke hotel 5 bintang untuk tujuan pameran. Sampai pertengahan bulan Mei 2011. [+ channel news asia 2011 ]

Marina Bay, Singapore

Dek kerana xleh pakai tripod, gambar2 atas dan bawah haku guna handheld 3 exposures HDR saje. Not bad kann. I heart my Nikon D7000. *Senyum.

Marina Sands Hotel, Tower 3

324

Sesekali haku amik gambar portrait bebudak. Sambil test lens 50mm f/1.8D.

Kesemua gambar portrait berikut tanpa HDR.

Yep, haku tahu. No smiling faces in my family. ;-P

Jaya Jusco Tebrau City, Johor

aTi

aBo

yaasir (number 5)

60/365

Berpetualang ke Temasik. Part I.

Haku dan aQi gi Marina Bay Sands petang Sabtu kelmarin. Menapak dari Esplanade (yg macam durian tuh). Sibbaik hujan gerimis jer.

Citer lain. Bulan lepas, sebulan haku x reply komen kengkawan sumer. Tapi kengkawan tetap sudi singgah2 jenguk2 komen2 ke blog haku yg xdok aper2 nih. Thank you uoolss. *Senyum.

Marina Bay Sands, Singapore