Sunset at Taman Merdeka

Laman Malaysia

Petang Sabtu kelmarin, mula2 haku ingat nak gi Tanjung Belungkor. Tapi kesuntukan masa, haku terjah Taman Merdeka saje.

Citer lain. Khamis lepas, aDm bagitau baru balik dari sembahyang mayat kawan seunivnyer kt unimas. Mati bunuh diri dgn terjun dalam tasik guna pemberat batu. Ada blognya kat google – Bunuh Diri di Jambatan Tasik Cinta. Bukan jembatan kat bawah oke.

Citer pasal blog dan kematian juga. Esok genap Hampir sebulan uncle kamal meninggal dunia. Haku nak citer sikit pasal uncle kamal yg haku anggap sebagai mentor, blogger tegar dan berhati budiman. Ramai yg tahu haku mula berblog sejak kelahiran yaasir lagik – 4 tahun yg lampau. Blog yg mula2 haku buat adalah di ekawan. Dan uncle kamal adalah orang yg pertama komen blog haku. Mula2 haku terkejut jugak sbb tengok profilenya.  Orang tua dah 73 tahun uoolss. Tapi lama-kelamaan haku dapat sesuaikan diri dgn komen2 uncle kamal yg bernas, simple dan budiman. Betul kata uncle, ‘a friend in need, is a friend indeed’. Alfatihah wat uncle kamal itu. [+ Blog uncle kamal ] Macamana dengan kengkawan – masihkah ingat orang pertama yg komen blog kengkawan dulu2 tu? *Senyum.

.

a bridge to Padang Merdeka, ‘Johor’

Kekadang haku terpk juge. Kalo2 haku meninggal nanti. Blog ini sajela yg haku ade sbg kenang-kenangan. Cume satu je azam haku untuk tunaikan haji sblom meninggal. Kalo haku x sempat, sila bagitau anak2 haku tuk ‘badal’/upahkan haji. Itu saje. Oops, satu lagik – sila sedekahkan al-fatihah wat haku nanti. Terimakaseh kengkawan sumer. Wallahualam.

44 thoughts on “Sunset at Taman Merdeka

  1. Yup, ada baca pasal budak unimas yg komit susaid tu..islam rupanya.

    Masuk blog uncle Kamal tu..means that the day before he died, dia masih update blog dia lagi..

    Bak kata en_me : blog bukanlah hak milik kekal kannns

    1. sori doc, uncle kamal pegi kul 5 pagi 10 mac 2011.. me salah dengar.. that’s mean, 3 days before he passed away.. uhuhu

  2. kenapalah mudah sangat org amek keputusan utk bunuh diri…subhanAllah.. dia ingat menamatkan usia di dunia selesai semua masalah….sedeh betul…moga2 anak cucu kita dijauhkan dari perkara2 yg tidak sehat ini….

    Al Fatihah utk aruah uncle kamal…

  3. Cantik pulak taman merdeka tu, ke cantik sebab en_me yang ambik gambar….. 🙂

    AlFatehah buat pakcik kamal…

  4. semoga roh Uncle Kamal sentiasa dicucuri rahmat Allah..pg ni,seorg lecturer kami baru meninggal secara mengejut sbb strok..bunuh diri?Islam? iman senipis bawang ustaz tu ckp aritu..

    pssttt…encik yang pakai baju merah,kenapa awk bergambar sekerat je? awak malu ehh?hihiks

  5. Manusia mati meninggalkan blog.
    Semoga En Me dipanjangkan umur
    Dimurahkan rezeki
    Dilimpahi kerahmatan
    Kebahagiaan
    Ketenangan
    Kekayaan iman
    Dan keturunan yang baik-baik
    Amin Ya Robbal Alamin……

  6. setiap yang bernyawa pasti akan mati.. itu janji Tuhan kan.. tapi, yg tak sabar2 pegi mati [mafhumnya bunuh diri] atau matikan org lain [mafhumnya membunuh] tuh kenapa??
    keliru jekkkk

  7. yang hidup akan pergi suatu hari nanti … persiapkan diri untuk akhirat nanti … saya kagum anda masih ingat org pertama yg komen blog anda … al-fatihah buat uncle kamal … semoga rohnya di tempatkan dikalangan mereka2 yg beriman … insyallah

Comments are closed.