Month: April 2011

Sunset at Taman Merdeka

Laman Malaysia

Petang Sabtu kelmarin, mula2 haku ingat nak gi Tanjung Belungkor. Tapi kesuntukan masa, haku terjah Taman Merdeka saje.

Citer lain. Khamis lepas, aDm bagitau baru balik dari sembahyang mayat kawan seunivnyer kt unimas. Mati bunuh diri dgn terjun dalam tasik guna pemberat batu. Ada blognya kat google – Bunuh Diri di Jambatan Tasik Cinta. Bukan jembatan kat bawah oke.

Citer pasal blog dan kematian juga. Esok genap Hampir sebulan uncle kamal meninggal dunia. Haku nak citer sikit pasal uncle kamal yg haku anggap sebagai mentor, blogger tegar dan berhati budiman. Ramai yg tahu haku mula berblog sejak kelahiran yaasir lagik – 4 tahun yg lampau. Blog yg mula2 haku buat adalah di ekawan. Dan uncle kamal adalah orang yg pertama komen blog haku. Mula2 haku terkejut jugak sbb tengok profilenya.  Orang tua dah 73 tahun uoolss. Tapi lama-kelamaan haku dapat sesuaikan diri dgn komen2 uncle kamal yg bernas, simple dan budiman. Betul kata uncle, ‘a friend in need, is a friend indeed’. Alfatihah wat uncle kamal itu. [+ Blog uncle kamal ] Macamana dengan kengkawan – masihkah ingat orang pertama yg komen blog kengkawan dulu2 tu? *Senyum.

.

a bridge to Padang Merdeka, ‘Johor’

Kekadang haku terpk juge. Kalo2 haku meninggal nanti. Blog ini sajela yg haku ade sbg kenang-kenangan. Cume satu je azam haku untuk tunaikan haji sblom meninggal. Kalo haku x sempat, sila bagitau anak2 haku tuk ‘badal’/upahkan haji. Itu saje. Oops, satu lagik – sila sedekahkan al-fatihah wat haku nanti. Terimakaseh kengkawan sumer. Wallahualam.

Light Painting Project – not HDR

Masai, Johor
Canon 7000, Sigma 18-250mm at 18mm focal length, f/11, 30sec, ISO-100

“The Piano” – haku tembak gambo nih dgn aBo sebagai model. Dalam bilik yg gelap gulita. Bile melibatkan manusia, pastikan mereka bersedia tuk x begerak dikeseluruhan exposure, pergerakan mata pown leh mengaburkan foto. 30 saat yg digunakan cukup untuk haku terangkan model, kekunci piano, dan buku latihan piano. Guna flash light (bukan speedlight atau flash light kat kamera), tapi orang British panggil torch light, orang Melayu panggil Lampu Picit (Minang = celait, Banjar = suar, Singkawang = senter, Sarawak = slait, Perak = selait, Kedah = toslet, Jawa = lampu urut). Lilin dinyalakan 2 saat (yg pertama, kemudian tiup padamkan) saja tuk mengelakkan exposure terlampau.

Citer pasal entri sblom nih. Ramai yg ingat haku main2 bile haku ckp xnak update blog nih hari2. Haku nk berehat jerr. Ada kengkawan ingat haku dah ke Bali. *Ketawa. Dan gambo aBo diatas bukanla HDR.

There will be a slight delay in updating this photoblog

Ini bukan April Fool 2011 ya kengkawan. (Macamla tiap2 tahun haku buat April Fool. *Senyum.) Dan bukan cobaan. Ini betul-betul. *Senyum lagikk.

Blog haku akan sengaja dilambat-tayang. Harap kengkawan leh patients patience.

[+ April Fool 2008 ]
[+ April Fool 2009 ]
[+ April Fool 2010 😉 ]

Citer lain. Ada kawan nak soh promote jualan produk kesihatannye dalam blog haku yg xde ape2 nih. Please click the link. Layann.

Advertisement: Premium Beautiful Collections