Month: July 2011

NO PHOTOGRAPHY HERE: PART III

Tapi kejadian haku amek gambar kat PJCC lain pulak citernyer.

Kelmarin haku dah smpi pjcc. Agak mencabar jugak ke sana sbb bangunan unik ala ulat caterpillar (oleh Hijjas Kasturi) masih takdok dalm maps google atau wakgarmin lagik. Terpaksa haku ikut NPE dan kuar kat Kampong Medan dan Kampong Datuk Harun.

Dipendekkan citer, haku smpi kat pjcc dah hampir senja. Ade sorang pakguard (yg mula2 haku ingat bangsa Nepal atau Bangla) dengan bulldognye ke hulu hilir. Haku cuba snap2 gambar kat luar perkarangan saja. Memang spt yg haku agak, pakguard nih pekik2 kat haku kata takleh amek photo. Kebetulan ada 2 org makcik cina kuar dari ofis (nak balik rumah). Tapi pakguard nih mcm lain skit stylonye. Sambil kenyit2 mata, dia kata soh haku tunggu sekejap sampi makcik2 cina tu blah dulu. Haku followw jer.

Pas line clear, haku datang lagik. Pakguard tadik kata memang takleh amek gambo masa dorang (staff) tu masih kat situ. Kena bayar katanya. Sambil tu dia tunjuk2 kat haku tempat2 yg haku leh tangkap gamba. Ada certain area tu dia tak bagi sebab ada cctv. Haku follow jer.

Masa haku snap2 gambo pakai tripod, pakguard yg peramah tu sempat borak2 dgn haku. Antaranya:

  • memang dasar kaum cina buat bisnes, tangkap gambar pon tak boleh. Satu sen pon nak berkira. Risau kalo photographer jual gambar dan dorang rugi hibu-hibu hinggit.
  • marah kat bebudak rempit yg tetibe berlumba diperkarangan kedai disitu. Bangsa yg bodoh je yg tak sayang nyawa – dah lah takdok insuran. Kalo org lain, sanggup berlumba tapi kat tempat yg sesuai lohh.
  • baru haku tahu pakguard nih bukan Bangla atau Nepal, tapi keturunan benggali Singh. Local katanya. Haku pon cepat2 mintak maap naa. Kenapa dia tak pakai serban, dia jawab sebab ‘Singh dah modern’.
  • pakguard Singh tu kata, gaji bulldog yg dia jaga utk menjaga pjcc pon lebih mahal dari gaji dia.
  • bila haku tanya pasal famili, dia kata ada 2 orang anak. Dua2 top student tengah amek medic study kat UK, katanya. Dua-duanya sponsored by the government (kerajaan yg memerintah). Bangga sungguh dia jadi rakyat Malaysia kan.

Updated. The unique caterpillar looks alike building is called ‘The Pod’. Thanks to Andrea Dennis who just wrote me an email.

Advertisements

NO PHOTOGRAPHY HERE: PART II

Pagi semalam (Sabtu) haku dah teruja nak tangkap gambo keretapi hijau yg sedang parking berminggu2 kat stesen sementara Plentong nih. Minggu lepas haku dah nmpk ada pasangan pengantin sedang bergambar kat sinih.

Bila haku sampi, dan cuba amek2 gambo. Abg guard nepal kata takleh amek gambo jugak. Kalo nak, sila datang hari Isnin mintak surat kebenaran dari opis katanye.

NO PHOTOGRAPHY HERE: PART I

Selama haku menjadikan photography sebagai hobi, mestilah haku menghadapi banyak cabaran. Terutamanya ditempat2 yg dilarang mengambil gambar.

Gambar diatas pd 16 Julai minggu lepas di Bukit Timbalan. Masa nih haku terpusing2 konon nak cari ekspo ‘GEGO’ yg hanya berlangsung sebelah petang dan malam. Haku sempat soh aBo jadi model seblom abg guard (askar Timbalan Setia Johor – JMF)  kejar2 datang kat haku kata takleh amek gambo pulak.

BILA MELAYU NAK MENCUBA BISNES

Ini entri curahat dan maki hamun oke.

Mungkin sesetengah org menganggap isu nih remeh. Tapi haku dah membuang masa selama 22 minit semalam. Panjang citernyer, haku dah pendekkan.

  • Bulan lepas haku dah tertarik dgn sebuah produk biskut yg semakin popular sekang nih. Namanya ‘macarons’. Haku de terjumpa dlm blog kengkawan, dan bila haku contact satu blog nih, sampi sekang email haku masih tak berbalas. Dem 1.
  • Haku sebenarnye taklah kemaruk sangat. Tapi nk dijdkan citer, minggu lepas, mQ (baca my Queen oke) dah guling2 soh beli macarons kat KL pulak. Soh haku baca blog pembuat macarons tu. Sapela tak sayng bini oiii (tapi ada kanns *Ketawa). So, haku layan blog akak macarons yg nampak taklah professional sgt, bahasa pon tunggang langgang. Dem 2.
  • Yg takleh tahan dlm blog dibagi tau ada dijual di petronas batu caves. Jadi, bila haku layan tanpa usul periksa, dgn inesen dan lurus bendul, merempit kesana pepagi buta smpi tanye kat budak kaunter petronas. Budak pompuan tu kata ‘tak penah dengar pon bang!’ Dem 3.
  • Bila haku sms balik kat akak pembuat macarons. Calling2 tak dapat. Pas setengah hari oke baru sms haku dijawab kata ‘memang takde’ dijual di petronas. Port penghantaran saja disitu. Dem 4.
  • Bila haku kata nak order dan amek hari Jumaat esoknya, boleh dia kata pulak ‘full house’ sampai weekend. Dem 5.
  • So haku kata boleh tak order utk next week. Dan akak pembuat macarons kata ‘boleh’ hari selasa. Tapi haku nak amek hari Khamis. Akak kata oke.
  • Hari khamis tiba. Haku dah janji semalam nak pickup delivery kul 1 tengahari. Tapi tetiba ada panggilan pulau, ooops ada majlis kesyukuran dan doa selamat pulak kat ofis tengahari tu. Bila haku tanya akak pembuat macarons samada haku leh amek awal dalam kul 12 ke, tetiba dia kata tak boleh sebab laki dia yg deliver dan laki dia cuma boleh kuar delivery tengahari saja. Dem 6.
  • Walopon haku dah bayar nasi briyani utk majlis kenduri dan doa selamat tengahari kamis tu (utk 6 kepala oke), pas doa selamat, haku tak tunggu, haku terus terjah ke petronas batu caves. Haku sms akak pembuat macarons ckp haku ondway. Dia tanya haku datang dr mana. Haku sms ckp dari klcc. Selang bbrape minit, laki dia sms boleh tanye haku nak jumpa kul brape pulak. Kan semalam haku dh bgtau akak tu banyak kali haku datang ke petronas kul 1pm. Dem 7.
  • Lima minit masa dlm cikputih ondway dlm pejalanan, laki akak tu sms lagi tanye haku kat mana. Haku kata masih kat tengah jalan, kul 1pm sampaila kot. Haku mati2 ingat kul 1pm dia dah ada kat sana.
  • Dah smpi depan Giants Batu Caves, laki dia call lagik tanye kat mana. Haku bilang dh nk sampi dan dengar suara dia mcm kelam kabut. Haku dah suspek mesti dia masih kat ofis buat keje. Dem 8.
  • Smpi petronas sempat lagik haku isi minyak cikputih penoh. Masa nih dah lebih kul 1.01pm oke. Haku dah bengang sebab kena tunggu lagik. Dem 9.
  • Bila haku sms laki akak tu tanya lama lagik ke. Boleh dia kata dia masih dlm kete kena traffic jam. Haku pon marah2 kat dia. Boleh ke dia marah2 haku balik kata dia banyak keje. Habis, haku bilang lah, haku pon banyak keje lain nak dibuat. Sebenarnye sbb tak dpt makan nasi briyani gam kat ofis. Dem 10.
  • Kul 1.22pm dia pon smpi dan urusan jual beli pun selesai sambil haku mintak maapla marah2 dia tadi. Haku tengok abang ni (laki akak macarons oke) monyok macam tak puas hati dan bengang je dengan haku (customer dia oke). Dem 11.
  • Lenkali kalo nak jumpa lambat 22 minit silalah bgtau, supaya haku leh tunggu makan nasi briyani kat ofis dulu. Dem 12.
  • Dipendekkan citer, bila haku smpi semula kat ofis, takdok sorang pon yg ingat nak tapaukan nasi briyani kenduri doa selamat tengahari tadi. Dem 13.

Citer lain. Thanks to cikfidde de vogue aka GadisBunga aka GB ittewww yg suka buat haku tercopong pepagi nih. Ihiks. Ai laike. [+ Sambungan Asal-usul blog gadisBunga ]

KAMPUNG ANG TONG

Masa dlm perjalanan ke makam seluyut, melalui jalan tanah merah. Haku tetibe ternampak ada satu jalan bertar pulak. Tergerak hati nak tengok apa ada disana. Mungkin cuma jalan menuju ke pencawang elektrik atau sebagainya.

Tapi sungguh tak kusangka, rupanye jalan ke Kampong Ang Tong juga. Masa haku nak tembak gambar ‘Ramp Buah’ kata pakcik yg tetibe dtg tegur haku dan seterusnya bawak haku ke jeti berhampiran yg sudah reput.