TITAN CHEMICALS AT DUSK

Ini entri backdated. Masih citer hari sabtu semalam.

Balik dari Tanjung Langsat, berenti jap kat tepi jalan tangkap gambo kilang Titan dulu.

Citer lain pasal buah langsat. Teringat pantun lama2.

Buah langsat kuning mencelah,
Pokok senduduk tak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi

26 thoughts on “TITAN CHEMICALS AT DUSK

  1. Buah langsat kuning mencelah,
    Senduduk tidak berbunga lagi,
    Gambar kilang pun begitu indah,
    Penyejuk mata di pagi hari.

    fewit!

    1. abg doc ittewww,

      Titan Chemicals Corp. Bhd. ialah sebuah syarikat pengeluar petrokimia (olefin) dan polimer (poliolefin) berintegrasi yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan pengeluar poliolefin yang kedua terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini diasaskan sebagai usaha sama di antara Datuk T.T. Chao daripada Chao Group International dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui anak syarikatnya, PNB Equity Resources Corporation (PERC).

      Titan Chemicals membina kilang pertamanya di Pasir Gudang, Johor pada tahun 1989. Kini, syarikat ini mempunyai lapan kilang pemprosesan yang berintegrasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di Johor yang mempunyai kapasiti keluaran sehingga 2,000,000 MTA untuk olefin, polyolefin dan produk-product berkaitan.

      Poliolefin Titan Chemicals, yang terdiri daripada polietilena (PE) and polipropilena (PP), termasuk diguna oleh pelanggan-pelanggan konsumer dan perindustriaan. Kegunaannya termasuk:

      filem pembungkusan
      beg sampah
      komponen kereta
      botol dan penutup plastik
      sebatian untuk penebatan dawai dan kabel.

      Poliolefin menggantikan bahan-bahan biasa seperti logam, kaca, kertas dan kayu.

      – sumber wikipedia bahasa melayu

  2. wow indahnya…adakah menggunakan special filter? seperti polarised ?hebat penerangan tentang kilang titan..selalu gak dedulu lalu depan ni..tk tahan baunya…hehe

  3. Pekerja kilang masuk kerja
    Kedatangannya dinanti-nantikan
    pemergiannya tak mampu dihalang
    di bawah nanungannya
    hati menjadi tenteram
    kerja menjadi aman
    untuk mencari sesuap nasi….
    setitik peluh keringat terkeluar….

    sape kerja kat sini gaji dia besooor…. tapi bahaya

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    generasi nissan sentra

Comments are closed.