MAKAM SELUYUT

Sebenarnye dari Kota Tinggi Waterfalls, haku dah gatal nak gi Makam Seluyut. Tapi haku tak terus ke bandar, haku limpas kampung Lukut dan terus menuju ke Desaru. Walopon haku tahu jalan nak ke situ (makam Seluyut) melalui jalan tanah merah adanya. Dan didalam ladang kelapa sawit jugakk.

Lokasi Bukit Seluyut ini terletak berhampiran dengan kuala Sungai Seluyut dan Selat Medina/Selat Mentanggor di Sungai Johor. Bukit Seluyut pernah menjadi Pusat Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1564-1570) iaitu Sultan Johor ketiga. Di sinilah juga Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang iaitu pengarang buku Sejarah Melayu dilahirkan. Istana sultan dibina di atas bukit Seluyut yang tingginya kira-kira 204 kaki dengan tujuan supaya mudah mengawasi pergerakan kapal di Sungai Johor. Pusat pemerintahan di Bukit Seluyut hanya bertahan selama tujuh tahun sahaja kerana Sultan Ali Jala iaitu Sultan Johor keempat telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Tanah Putih. (sumber – tempat sejarah kota tinggi )

Di sinilah juga Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang iaitu pengarang buku Sejarah Melayu dilahirkan.

Nota. Mengikut buku yg haku dah baca, sebenarnya ada lagi satu makam berdekatan. Iaitu makam fatimah, tapi masa haku pegi sini, haku tak perasan pulak sebab papantanda atau informasi pon takde.

2 thoughts on “MAKAM SELUYUT

Comments are closed.