Month: August 2011

HARIRAYA PHOTO

[+ Raya last year – 2010 ]

Selamat Hariraya Aidilfitri 2011. Maaf zahir batin dari me sekeluarga.

Dan salam merdeka.

Peace.

Advertisements

HAZY SUNRISE

Pagi2 Senin haku dah terjah Tasik Pasir Gudang II. Nak tangkap sunrise tapi mendunglah pulak.

Arini Esok (Rabu) hari kebangsaan. Mugo2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin ya robbal alamin.

MAAF ZAHIR DAN BATHIN

Arini raya sudah.

Semalam sempat ajar kaum kerabat satu2nya ketupat yg haku tahu. Ketupat kodok je.

Salam hariraya aidilfitri maaf zahir bathin buat kengkawan semualah dari me yg jauh dimata. Sila pastikan dapur gas dan peralatan elektrik telah ditutup. Pastikan setiap pintu/tingkap dikunci dengan rapi. Berhati2 diatas jalanraya.

Majulah sukan utk negara.

SIGMA UWA LENS 10-20MM

Ahad tengahri tadi sudah terjah ke Plaza Angsana. Gara2 tujuh hari tujuh malam tak lena tidur asyik teringatkan lens ultra wide angle 10-20mm sigma yg itu.

Kebetulan kamera lama dslr Canon 40D yg aDm pakai asyik rosak saje. Haku tak perbetulkan lens yg rosak itu, tapi haku beli lens baru saje.

Set sofa kulit binatang utk raya tahun nih boleh tunggu. *Ketawa.

Gambar diatas me tangkap guna Sony Nex 5. Kamera dslr yg satu lagi, Nikon D7000, tengah berehat gitu.

I’VE GOT FIVE KIDS TO FEED

Utk mengelakkan keliru, haku cerr cerita pasal anak-anak haku yg lima.

Yg satu, aDm, bukanlah nama sebenar. Dulu, darjah satu sampai darjah enam di sekolah rendah jenis kebangsaan cina masai. Semalam baru tiba dari Kota Samarahan.

Yg dua, aTi, sekang kat kolej di Jasin (Melaka oke). Dulu, aTi pon sekolah cina masai.

Yg tiga, aQi, sekang pengawas di sekolah menengah kebangsaan. Dulu, aQi belajar di sekolah rendah cina nam heng.

Yg empat, aBo, masih bersekolah di sekolah cina nam heng, sepelaung jer dari rumah.

Yg lima, yaasir, sekang sekolah tadika cina matahari. Nak register sekolah cina nam heng jugak. Masa gi sekolah tadika saje tak pakai pampers boleh pulak. *Ketawa.

Semalam petang (Sabtu), sempat jugak haku bawak dorang semua makan2 steamboat buka puasa. Kat Jaya Jusco Tebrau City sudah.

Esok malam dah raya. Salam hariraya aidilfitri wat kengkawan semualah. Maaf zahir dan bathin dari me yg jauh dimata.

PANTAI PASIR LAYAR SUNRISE

[+ Pantai Pasir Layar ]

2 minggu lepas haku dah terjumpa pantai Pasir Layar. Pertama kali sampai kesana.

Semalam pagi (Sabtu) haku terjah lagi ke situ. Sampi kt guard post, haku ditahan kata tak leh masuk. Haku kata nak ke Pantai Pasir Layar. Mamat guard kata pantai pasir layar dah takde lagi sebab pelabuhan Tanjung Langsat dah amek. Kalo nak ke pantai, enchek_Me leh ikut jalan luar tepi ke pantai, katanya, berdekatan sarang buaya.

Haku follow je. Sibbaek pantai yg menarik jugak.