Month: August 2011

SELAT TEBRAU

Hari Selasa haku dah panjat bangunan Citi Plaza. Tempat haku penah dilasik mata lebih 2 tahun lampau. Tapi kali ni haku pergi sbb ade urusan seri paduka baginda oke.

Masa nak masuk ke lift haku nmpk pemandangan yg haku rasa kalo tangkap sunrise memang mancongkam dari sini.

PULAU JULING DI DEPAN MATA

[+ 8/8/2011 ]
[+ 23/5/2011 ]
[+ 87/365 ]
[+ 27/365 ]

Pas subuh pagi2 Selasa semalam haku bekejaran ke Kong Kong lagik. Sebenarnya agak lambat dari biasa. Dan haku agak jeles sebab dlm perjalanan ke sana haku sudah nmpk matahari yg berbentuk sunyolk dah agak tinggi. Kalolah haku kuar rumah awal sikit. Tapi missi tetap diteruskan.

Sebenarnya semalam (Selasa) haku cuti atas panggilan pulau dan urusan seri paduka baginda. Ada sesape yg rindukan haku ker? *Senyum.

RAJA LELONG

Tahniah pada rakan siber haku yg separuh itu, tb aka Tunbegia aka Thunbergia Laurifolia yg baru saja menyelesaikan urusan jual beli rumah lelongnya di Bukit Indah (Ampang) dan rumah lamanya berhadapan Tesco. Urusan penjualan hartanah yg mengambil masa hampir tiga tahun gitu. [+ raja masai dah jadi raja lelong]

Tb ada bagitau kelmarin (kat Plaza Angsana) beliau sudah belek2 lens UWA yg rege ribu riban utk kamera dslrnya. Dan macam biasa jugak, bini kesayangan beliau sudah mencebekkan bibir sambil bilang, ‘baek beli set sofa baru kulit binatang utk raya minggu depan’. Saperlar tak sayang bini wehh, tapi ada kan. Kanns. *Ketawa.

TUGU PERINGATAN AYER HITAM

Dari Gunung Lambak hari Ahad semalam, haku ingat nak terus balik. Tetiba tangan gatal nak gi tempat sejarah sebab dh lama haku tak terjah tempat sejarah.

Wak Garmin kata ada 2nd World War Memorial Park kat Ayer Hitam. Terletak di tepi jalan lama Ayer Hitam – JB saja. Tapi yg peliknya bila haku tiba di tugu peringatan nih, tiadalah tulisan bahasa kebangsaan atau bahasa inggeris. Hanyalah tulisan bahasa tionghua saja. Dan tiadalah maklumat dalam internet yg haku jumpa berkenaan tugu peringatan ini.

Ada sesiapa dapat membantu?

TAK DAPAT GADING BERTUAH

Pas dari Gunung Belumut yg ditutup itu, haku terus patah balik ke bandar Kluang. Terjah Gunung Lambak pulak.

Sorang diri haku panjat gunung melalui track yg disediakan sampai ke puncak atas ada bangku panjang. Letih gila. Dan kuchiva gak sbb airterjun yg ada cuma tingginye secipot. Jadilah daripada takde langsung kann.

Ramai sungguh orang beriadah dan berjogging disini. Tapi haku rasa dibulan puasa ini cuma haku sorang jer yg bersawo matang. *Ketawa.

ANOTHER FAILED WATERFALLS MISSION: LUMUT, BELUMUT, BERLUMUT

Minggu lepas tak dapat nak carik waterfalls.

Ituari sudah gagal nak menjejak airterjun di Labis. Tapi haku masih tak putus asa jugak.

Pagi tadi (Ahad) dah terjah ke air terjun Belumut. Limpas bandar Kluang sambil beli rempeyek Wak Tunot yg popular itu.

Tapi sungguh tak kusangka, buah cempedak dah jadi nangka. Bila smpi kat depan taman airterjun, pintu gate sudah tertutup. Jangkitan kuman lagi agaknya.

Tapi ada satu lagi airterjun yg berdekatan yg patut diterjah. Walopon dulu penah kesitu. Harap2 tak ditutup jugak. Tungguuuu.