KUALA LINGGI FORT

Dek kerana demam melanda bodi, pala dan seangkatan dengannye, haku tak dapekla nak tangkap sunrise atau sunset pd weekends yg baru nih. Walopon gitu, haku gagahkan diri nak tunjuk jugaklah gambaq air pantai memecah ombak yg aman damai. Chewahh. Gambaq minggu lepas tapi.

Seblom ke Kota Lukut dan Teluk Kemang hari Ahad minggu yg sudah, dari Jasin haku singgah ke Kota Kuala Linggi.

Nama “Kuala Linggi” diberi bersempena nama sebatang sungai. Disebabkan kedudukan kampung ini terletak di Kuala Sungai Linggi, justeru kampung ini diberi nama Kampung Sungai Linggi. Kampung Sungai Linggi terletak di kawasan yang strategik bagi tujuan pemantauan terhadap kapal yang keluar-masuk pada masa dahulu. Oleh itu, sebuah kota telah dibina di Kampung Kuala Linggi.

Kota Kuala Linggi merupakan sebuah kota pertahanan di puncak Bukit Supai. Ia dibina oleh tentera Belanda dan Bugis sebagai tanda perdamaian perang yang berlaku pada 1756 hingga 1757. Selain dikenali sebagai “Supai Fort”, kota ini juga dikenali dengan nama Kota Filipina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak Gabenor Belanda pada ketika itu.

[+ Perpustakaan Desa Kuala Linggi ]

Tiada yg menariknya disini kecuali terdapatnya Kota Kubu lama dan beberapa bangunan pelancongan yg terbengkalai.

Citer lain. Demam blom nak kebah. Tapi stok ubat (pamol tablet, moxipen antibiotic, dan ezede utk demam/alahan) dh nak abes.  ;-(

26 thoughts on “KUALA LINGGI FORT

Comments are closed.