CURIOSITY KILLED THE CAT

Hmmm cik Kiah tujukan tu kat haku kan? It’s ok. haku rasa, kalau kawan-kawan haku sejak haku sekolah dulu tahu gunakan frasa tu, berbakul-bakul haku dapat ayat tu. Kadang-kadang haku memang banyak bertanya, even most of my question (curiosity) agak mengarut, tapi haku betul-betul nak tahu, dan kisah Joharry window tu one of my cases lah, hehe. Tapi haku bukanlah bertanya hal tepi kain dalam orang, totally not my style, okay.

Curiosity killed the cat, kenapa cat? Bila haku google, most info mengatakan ada kaitan dengan nyawa kucing yang ada sembilan. Dan curiosity itu adalah memaksudkan too much care, concern, worry, sorrow and too much asking how, when, what, where, why, and WTF. Katanya lagi, akibat terlalu ‘Curios’, si kucing menggunakan kesemua kesembilan-sembilan nyawanya, dan dia pun mati. Macam tiba-tiba mati pulak ek, adalah elemen dramatic sebenarnya sebelum kucing tu mati, tapi terpaksa di potong sebab ada adegan ganas tahap Rosyam Noor bertumbuk dengan Que Haidar (macam tu pun nak 18SG.. haih..)

Ok, maksud frasa tersebut ialah apabila kita terlalu banyak bertanya atau terlalu nak tahu sangat sehingga menimbulkan persoalan-persoalan yang meragukan, boleh mambawa kita kepada keadaan yang memakan diri kita sendiri atau dengan kata lain ada haiwan dalam bahaya iaitu kucing. But still kan, kenapa kucing, haku tak menjawab lagi soalan tu ek? Tak kan lah sebab haiwan lain ada satu nyawa sahaja terus tak layak untuk melengkapkan frasa tersebut.

Ok, hari ni kita belajar fasal kucing. Kucing dikatakan memiliki deria bau yang baik, tetapi deria bau anjing lebih baik sebenarnya, tetapi kucing seperti memiliki sifat memilih dan bila dia terbau sesuatu yang dia suka, dia akan mencari punca bau tersebut, dan dia akan cuba untuk dapatkannya sehinggalah kucing tu merasa kena terajang dengan kamu, kena libas dengan penyapu, kena simbah air, kene sergah dan sebagainya seperti yang pernah kamu buat dekat kucing belakang rumah yang cuba masuk dalam rumah. So, keadaan getir itulah yang dikatakan kill the cat.

Maksudnya biarlah kita berpada-pada dalam merungkaikan sesuatu perkara, takut-takut nanti bahaya datang duduk kat sebelah. Tetapi kalau kamu kena dibicara di mahkamah, bila peguam tanya kamu soalan, jangan pulak kamu jawab ~ ‘Curiosity killed the cat’.

Tak baik punyeeee!

Siapa yang mula-mula ungkapkan kata-kata ni? Meh haku explain (hamboi, peribahasa melayu pun haku failed lagi.. ngahahaha). Siapa yang mula-mula ungkap frasa ni tak dapat dipastikan. Tetapi rekod ada menyatakan, frasa tersebut mula menjadi bualan anak muda mudi di eropah (ceh, cam penah pegi je) sejak 1598, bila ia digunakan dalam naskah teater Every Men In His Humor oleh Ben Johnson yang turut dilakonkan oleh William Shakespeare. Dan Shakespeare juga menggunakan frasa yang hampir sama dalam teater Much Ado About Nothing pada 1599, dan dipercayai sejak itu ‘curiosity killed the cat’ berkembang seiring dengan perluasan kuasa Portugis di Melaka.

Info tambahan ‘love is blind’ adalah quote dari Shakespeare.

Ada pulak masa haku nak karang benda alah ni ek.. nampak sangat la haku tak ada keja, keja haku banyak la, sampai tak tahu nak buat yang mana dulu. Hahaha..

So, ada soalan lain? Ceh..

Chop. Korang mungkin keliru. Haku tak penah tulis panjang2 mcm karangan SPM mcm kat atas kan. Sebenarnya haku copy paste dr blog mamat ‘Malay Mok’ je. Haku tak ciplak tapi. Kalo mamat malay mok nak haku delete, bagitau jakk. Jangan saman haku sudah.

16 thoughts on “CURIOSITY KILLED THE CAT

Comments are closed.