MIRIKEL BUKAN SAJA BERLAKU DI DEPAN KAABAH

Seperti yg haku risaukan memangla semua orang berpusu-pusu ke bangunan Jalan Ayer Molek. Haku parking kat luar je, xyah naik masuk bangunan bagai.

Bila sampai kat kaunter, memanglah org tengah berasak2 dan bersesak beratur nak amek hadiah sumbangan tu. Adalah dorang packing dalam bungkusan plastik. Macam2 gak ada. Haku dah simpan niat jahat. Haku ingat nak amek dua. Bukan dorang check pon satu persatu.

Dari barisan kiri, haku tengok pakcik2 makcik kat depan dah kerumun depan kaunter. Haku potong queue ke sebelah barisan paling kanan. Ingat nak cepat. Bila tinggal beberapa orang kat depan, tetiba stock dah habes. Kerani tu kata kena tunggu bekalan dari tingkat atas. Haku punya niat nak amek dua bungkusan pon tetiba pudar.

Bila bekalan sampai bukannye banyak. Sekotak sekotak. Tetiba awek kerani yg cun (yg pakai baju biru depan sekali) tu bilang, sape nak satu je amek dulu. Haku pon dengan tak sabar amek je satu bungkusan. Dan blah dari situ.

Pengajaran. Niat tamak haku dah diganti dengan ketaksabaran haku pulak. Astaghfirullahalazim.

Pascanota. Ada yg bertanya akan isi kandungan bungkusan plastik itu (yg spt pakcik itu pegang). Dalamnya ada sejadah kecil utk sujud, ubat2 krim sapu, ubat gigi dan berus gigi, ubat2 vitamin, uncang batu, dsb.

Portrait Haji No. 2. Namanya encik Razak. Banker rumah lama haku.