Month: September 2011

TIADA KENDURI

Haku tak buat kenduri utk brangkat minggu depan. Bukan sebab bidaah. Bukan pasal ekonomi. Haku ada alasan haku sendiri.

Cuma aku minta utk korang yg sayangkan haku supaya doakan haku dapat pergi dan balik dengan selamat. Itu saja.

Amin ya robbal alamin.

MIRIKEL BUKAN SAJA BERLAKU DI DEPAN KAABAH

Seperti yg haku risaukan memangla semua orang berpusu-pusu ke bangunan Jalan Ayer Molek. Haku parking kat luar je, xyah naik masuk bangunan bagai.

Bila sampai kat kaunter, memanglah org tengah berasak2 dan bersesak beratur nak amek hadiah sumbangan tu. Adalah dorang packing dalam bungkusan plastik. Macam2 gak ada. Haku dah simpan niat jahat. Haku ingat nak amek dua. Bukan dorang check pon satu persatu.

Dari barisan kiri, haku tengok pakcik2 makcik kat depan dah kerumun depan kaunter. Haku potong queue ke sebelah barisan paling kanan. Ingat nak cepat. Bila tinggal beberapa orang kat depan, tetiba stock dah habes. Kerani tu kata kena tunggu bekalan dari tingkat atas. Haku punya niat nak amek dua bungkusan pon tetiba pudar.

Bila bekalan sampai bukannye banyak. Sekotak sekotak. Tetiba awek kerani yg cun (yg pakai baju biru depan sekali) tu bilang, sape nak satu je amek dulu. Haku pon dengan tak sabar amek je satu bungkusan. Dan blah dari situ.

Pengajaran. Niat tamak haku dah diganti dengan ketaksabaran haku pulak. Astaghfirullahalazim.

Pascanota. Ada yg bertanya akan isi kandungan bungkusan plastik itu (yg spt pakcik itu pegang). Dalamnya ada sejadah kecil utk sujud, ubat2 krim sapu, ubat gigi dan berus gigi, ubat2 vitamin, uncang batu, dsb.

Portrait Haji No. 2. Namanya encik Razak. Banker rumah lama haku.

TAKLIMAT TERAKHIR

Alhamdulillah. Semalam pagi haku dah dijemput menghadiri taklimat terakhir. Bertempat di Masjid Sultan Abu Bakar. Mula jam 9 pagi, jam 12 tamat. Tapi kena ambil hadiah sumbangan dari pihak penaja di Jalan Ayer Molek.

Taklimat selama dua jam berkisar tentang ibadat dan fardu ain saja.

Haku agak tak puas hati kenapa harus ke pejabat sana ditengah bandar. Kenapa tak diagihkan di masjid saja? Haku tanya pegawai, dengan sopan santun dan lembut dia menjawab, ‘sebab barang hadiah baru sampai dari 2 kontena dari pembekal yg berasingan’. Haku tanya lagi, ‘kan susah ratusan jemaah berkereta nak cari parking disana nanti?’ Dia jawab, ‘ada parking kat tingkat atas percuma’. Jawapan yg haku dah agak tapi tak memuaskan. Layann.

Portrait Haji No. 1. Namanya encik Mustafa. Drebar teksi.

<

7.01 PM

[+ 16/8/11 – A Great Moment To Be Remembered ]
[+ 24/6/11 – A Quick Shower ]

Sekang kat opis dah ada cadangan baru tentang flexible hours.

Kalo datang pagi kul 7, leh balik kul 4.30 petang.
Kalo datang pagi kul 9, leh balik kul 6.30 petang.
Kalo datang antara kul 7 hingga 9 pagi, pandai2la korang kira sendirik.

Gituu.

Citer lain. Ituari abg doc daddyZ dah amek gambar KLCC waktu malam. Sampi tercarik2 lokasi opis haku yg ini. Senang je. Tengok Petronas Towers. Dari opis haku cuma nampak satu tower je yg sebenarnya betul2 selari dgn tower yg satu lagi kat bakangnye. Cuma masalahnya problem. Sebab kalo amek gambo dari perkarangan laman KLCC, mana boleh nmpk bangunan opis haku. Sebab kat depan opis haku dah banyak bangunan kondom2 mewah tengah mencanak2 naik.

Arini Sabtu, weekend sudah. Salam ingatan dari haku yg jauh dimata. Jauhlah sangat kannns.