Month: September 2011

LEICA M9 KAMERA DIGITAL PALING MAHAL KOLOT TAPI

Ituari haku dah gatal tanye kedai kamera kat tingkat atas Ampang Park. Pasal kamera digital Fujifilm X100 yg cantik gambarnye. Cik Adila yg clever (baca brilliant otaknya) lagi manis tuu yg baru balik dari UK pon terpesona gak, katanya.

Fujifilm memanglah mahal, semahal kamera dslr Nikon D7000 haku tu. Tapi saiz bodinya macam compact camera je. Dan gambarnye setaraf dengan kamera Leica M9 yg harganye mencecah 70 juta rupiah (RM28,000). Sama rege macam sebijik kete Viva Auto baru pulak. Aduhai.

Gambar atas haku amek kat cermin luar outlet kedai kamera Leica yg baru dibuka dlm Avenue K depan KLCC. Tak berani lagi nak masuk dalam kedai tapi.

STUPID ORANGE

Gambar botol oren bodoh haku kidnap dari rumah bapak haku pd raya yg baru lepas. Haku pon terkejut gak masih popular rupanya air minuman klasik nih. Abang ipar haku beli kat pekan katanya.

Ada orang kata kat blog kawan tu.

Letak nama air oren bodoh sebab yelah kan sebab tak international pembuatannya…dalam kategori SME industry… botol pun recycle.. dulu masa kecik2 kumpul botol2 mcm tu untuk dijual…

Har har har. Nostalgia beb.

AIR JUS POLIGAMI

Minggu lepas (pas waktu keje oke) haku dah merempit pi restoran wong solo nasi ayam penyet kampung baru. Sepelaung je dari opis. Alone macam biasa.

Haku merempit naik skuter oke dengan helmet kat pala bagai. Kalo korang sms atau call call lama haku tak reply sbb tengah naik skuter lah tuu. Jangan cakap haku tak moh jawab atau sentap oke. Kadang2 hujan lebat susah nak seluk cari phone cap aiYam haku tu. Salah seluk leh basah tembakau oke. *Ketawa.

Order air tembikai laici dan air suam dulu. Tak tau dorang pun memang bagi air mineral juger. Apa barang kann?

Tak berani nak order air jus poligami lagi. Dorang kata leh amek berkat tuu. Kahh.

MARI KITA KRITIK TABUNG HAJI

Tengahari tadi dah kelam kabut pergi Hospital Jalan Tun Razak utk buat medical check-up.

Tekanan darah 129/80. Oke.
Kadar nadi 65 permin. Regular. Oke.
Bunyi jantung dan bunyi pernafasan oke.
Sistem Gastrousus not palpable which is good. Oke kot. (What does this mean? )
Sistem saraf normal. Oke.
General appearance neat & tidy. Mood normal. Cognitive functions intact. Insight good. Oke.

Masa nak cucuk meningitis kejadian mirikel berlaku uools. Mirikel la sangat. Nurse ckp stok dah habes (apa barang?) yg tinggal cuma utk 5 tahun. Haku leh ingat utk ‘budak 5 tahun’ pulak. Haku kata bolehke guna utk orgtua mcm haku? Misi berkali2 bilang yg biasa utk ‘tahan’ 3 tahun. Last2 baru haku paham. Ubat injection meningitis tu utk tahan 5 tahun daa. Bukan utk budak umur 5 tahun. Lagi mahal tapi. *Ketawa.

Pasal tajuk, haku takmoh la kutuk2 tabung haji. Bukannya senang nak jaga dan uruskan 28,000 bakal2 haji kan. Orglen ramai dah komen kat sini: [+ mari kita kritik tabung haji dan klinik panel demi kemajuan negara ]. Ituari baru haku tahu yg kita leh depositkan duit tabung haji guna ATM Bank Islam kalo tahu nombor akaun. Takyah nak amek nombor giliran dan beratur.

THEN & NOW: AQI

aQiHari minggu yg lepas, haku dah ajak aQi (13) gi Tasik nak tangkap gambar sunrise. Ituari dia ckp nak jogging kat sana.

Tapi bila haku sampai langit mendung lah pulak dan berjerebu. Dan aQi pon memang malas nak jogging. Sebab tak penah jogging pon. Breakfast kat Masai dulu.

Pascanota. Haku tertarik dgn komen pepagi tadi dr ticher Dinasaldi yg the vogue pakai kamera dslr baru tuu. Ammboiii. Katanya, “budak yg bulat & comel dalam gambar masuk darjah satu semalam tu udah besar ni dah ghopanya haa :).” Jadi, haku tampal balik gambar aQi 6 tahun dulu.

SEKOLAH CINA NAM HENG

[+ 2005 – aQi first day ]
[+ 2008 – aBo first day ]
[+ 2008 – sports day ]
[+ 2008 – to sulk in ]

Sekang sekolah aBo sudah ada bangunan dan dewan yg baru. Siang malam bunyi kelentang kelentung. Nak dirasmikan oleh Menteri Besar dan wakil rakyat pada 11hb November 2011. Ringkasnya, 11-11-11. Ada banner besar terpampang. Ada cabutan bertuah dgn hadiah rumah teres dan pelbagai hadiah yg menarik lainnya.

Walopon sekolah cuma sepelaung je dari rumah. Terpaksa naik bas sekolah juga adanya. Sebab tiada jalan utk terus kesana. Terpaksa patah balik ke jalan dan simpang utama nun dibakang sana. Kena limpas sekolah melayu.

Dulu aQi (13) penah sekolah kat sini. Sekang aBo (10) masih sekolah kat sini dan nak amek UPSR dua tahun lagi lah. Yaasir (4) pon akan sekolah kat sini juga nanti. InsyaAllah.