Month: October 2011

ORANG BANGLA PON LEH GI HAJI

Sblom itu haku nak minta maap dulu naa. Bukan niat haku nak perli sesape atau sengaja nak sakitkan hati sesape.

Haku tahu ramai yg terkezott bila dpt tau haku nak gi haji awal bulan lepas. Ramai jugak yg tak percaya kanns. Itulah rejeki yg Allah berikan pada haku.

Dengan itu haku berbesar hati dengan berdoa sesungguh hati dan perasaan di depan kaabah tempohari utk kengkawan semua, terutama yg blom pernah mengerjakan haji (termasuk yg pergi umrah saja). Tiadalah hadiah subenier yg paling besar yg haku rasa paling bermakna selain hadiah doa berikut utk kalian.

Ya Allah, ampunilah diriku ya Allah. Aku mohon kerahmatanMu ya Allah. Aku mohon taufik dan hidayahMu. Ya Allah, cukup ramai sahabat-handai dan sanak saudaraku yg telah memberi ucap selamat ketika haku menyambut lambaianMu ini. Ya Allah balaskan segala niat ikhlas mereka dengan keredaanMu. Ampunilah dosa-dosa mereka, bukalah pintu hati mereka bagi menunaikan fardu haji supaya mereka akan dapat merasai nikmat sebagaimana yg Engkau berikan kepadaku, ya Allah, murahkanlah rezeki mereka. Amin ya robbal alamin.

Dan diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.

Moga-moga kita semua (termasuk diri haku) dapat memanfaatkannya. Amin.

Advertisements

WUKUF IN 6 DAYS

Wukuf lagi 6 hari. Orgramai makin ramai. Smlm nak masuk masjid tingkat dua pon pak polisi tak bagi walopon lagi sejam sblom masuk waktu magrib. Kena solat kat bumbung pulak.

Alang-alang terus solat Isyak je. Sambil baca al-Quran semuka dua. Dan layan kerenah ribuan manusia lalu lalang melangkah sana sini. Dan dapatlah tengok bagaimana pakcik (orang Kedah kot) sebelah haku menyinga sbb mamat hindustan tu lalu depan dia dan meng’obrak abrik’kan sejadah dia. Haku cakap kat pakcik tu ‘sabar sabar’ je.

ON IBRAHIM AL KHALIL ROAD

[+ 27/10/2011 ]

Walopon sakit tekak dan demam dah kebah sikit, tapi selsema dah mula menyerang. Malam tadi sesak hidung. Makan ubat selsema buat kepala ngantuk saja.

Lagi seminggu nak wukuf, keadaan jemaah yg makin ramai dan padat. Sekang dah takleh naik bas utk buat umrah sunat. Sbb bas dah tak dibenarkan masuk ke kawasan hotel berdekatan sini. Kena sewa teksi atau prebet sapu kalo nak ke masjid tanaim. Atau buat tawaf sunat je – itupun haku tak larat.

USTAZ PON HARI HARI MAU UPDATE

Petang smlm pas Asar macam biasa update blog nih. Tetiba ustaz razak yg glamor tu pon join sekaki sbb dia baru tahu kat sini ada wifi. Selalu dia update FB dia kat hotel lima bintang dia je.

Ustaz yg suka jalan-jalan dan tugasannye bawak jemaah jalan-jalan pon berseloroh dalam FBnye pasal jalan-jalan:

Jalan-jalan :
Kita jalan dia jalan, kita makan dia jalan, kita tidur dia jalan, kita lari dia jalan, kita bercakap dia jalan, Kita solat dia jalan, kita berhenti dia jalan, DIA BERHENTI KITA JALAN………………………Apa itu….itulah JANTUNG.

Boring katanya dok dlm bilik hotel tak buat apa. Kahh.

Sori gambar blurr sbb haku pakai henfon cap aiYam jer.

Search. http://www.ustazrazak.com.my

TAK TAHU SOLAT APA

Petang tadi (Jumaat) haku datang masjid utk solat magrib awal sikit. Usai solat magrib sementara tunggu Isyak, haku baca al-Quran sebelah wak indon nih. Haku namakan dia Wak Hasan (bukan nama sebenar). Agak2 setengah jam, wak Hasan yg tegur haku dulu, suka tengok sejadah lipat haku sbb ada kompas sekali. Haku layan je. Wak Hasan kata dari Jawa Tengah, dekat Borobudur katanya. Kami citer pasal urusan haji di negara masing2. Wak Hasan tanya harga kalo ikut pakej swasta atau kerajaan (pemerintah). Tanya haku dok hotel mana. Citer pasal famili, anak2. Wak Hasan ni duda, isterinya dah meninggal dua tahun lepas. Anak2 wak Hasan dua orang lelaki, blom berkahwin lagi. Wak Hasan dah pencen, dulu kerja dgn pemerintah bahagian keadilan (guaman). Gitu.

Tetiba wak Hasan kata dia nak balik hotel. Haku tengok jam masih 45 menit sblom azan Isyak. Haku moshkil. Haku tanya wak Hasan tu, wak nak gi mana? Nape wak tak tunggu solat Isyak? Wak Hasan kata dia dah solat Isyak tadi. Aikk, terperanjat haku. Haku kata tadi solat maghrib. Tetiba wak Hasan bangun amek Quran yg dia pulangkan tadi dan start nak baca. Haku tegur lagi, wak tadi niat solat Isyak kan? Jadi wak kena ulang solat magrib. Baru wak Hasan bangun dan solat magrib.

Yg haku pelik takkan wak tu tak perasan tadi solat tiga rakaat je?

Haku pon beristigfar banyak2. Moga2 haku tak nyanyuk macam tu bila tua nanti.

PAKEJ 3 MUASSASAH 0

Dah banyak kali kita dengar kelebihan mengikuti haji secara pakej berbanding dengan muassasah. Haku tak mohla citer banyak2 tentang kelebihan2 yg haku rasa setakat ini. Lagipon memangla tak boleh dibandingkan sbb harga yg memang jauh beza. Tapi haku kesian gak tengok pakcik2 dan makcik2 yg tua tua yg ikut muassasah terpaksa berjalan jauh dari hotel utk ke masjid. Ramai mereka terpaksa menunggu seharian di masjid dan hanya pulang utk makan, mandi dan tidur saja. Mungkin ada antara mereka tak larat ke masjid sbb jarak yg agak jauh. Sedangkan kebanyakan jemaah pakej boleh pergi balik masjid setiap waktu. Tapi jgn heran kalo jemaah pakej pon ada yg ‘malas’ nak kemasjid tanpa alasan yg munasabah.

Haku bukanlah takmoh ikut muassasah, tapi bila haku register ituari boleh dorang kata tunggu tahun 2036 (25 tahun lagi)! Ada roommate haku kat sini tukar (upgrade) dari muassasah ke pakej sebab hendakkan keselesaan mengerjakan umrah dan haji, katanya. Terutama utk mereka yg membawa isteri. Biasanya mereka yg ada pengalaman mengerjakan umrah seblom nih. Ada juga kawan2 haku yg terima panggilan muassasah utk mengerjakan haji setiap tahun tapi beliau tak ready lagik – nak enjoy dulu katanya. Itu citer lain.

Berbalik citer jemaah muassasah lagi. Olehkerana hotel kami menginap nih agak dekat dengan masjidilharam, cuma 400 meter saja. Hampir setiap hari kami akan terima tetamu dari muassasah yg sesat. Biasanya yg pestaim sampai siap dgn pakaian ihram lagik. Sebab ada bendera Malaysia kat luar hotel nih senang dorang nampak. Ada yg ngadu dua hari tidur kat masjid sbb tak jumpa hotel mereka yg agak jauh tu. Biasanya pihak petugas tabung haji (hotel kami) akan hubungi petugas satu lagi dan memberi mereka makan dahulu sementara tunggu petugas tabung haji dari hotel yg berkenaan mengambil mereka. Kesian kann.

Tetiba teringat pada bapak dan arwah emak haku masa dorang menunaikan haji beberapa tahun dulu ikut muassasah. Kasihan, sedih dan terharunya terasa bagaimana keadaan orgtua spt mereka mengerjakan haji dan umrah ketika itu. Alfatihah buat arwah emak haku.