CABARAN BERMULA DI KELANA JAYA

Pendaftaran sepatutnya pukul 9.30mlm. Haku tiba kat parking Kompleks Tabung Haji dah nak magrib.

Olehkerana terlampau ramai org haku terlepas pendaftaran nak amek beg sandang, name tag dan barang2 hadiah. Tapi kesemua barang2 tersebut setelah proses check in dalam dewan seblom berangkat naik bas.

Kalo nak dapat duduk di bas no. 1 dan tak payah beratur panjang dan lama masa proses check-in, silalah guna teory FRH yg kawan seopis haku bagitau. Sila letakkan beg besar paling hadapan sekali sblom checkin semasa menyusun beg2 besar diluar pintu masuk. Kalo nak potong Q pon boleh. *Senyum.

Naik bas kul 10.30 malam dan berlepas secara convoy ke KLIA.

Dari KLIA menaiki pesawat Saudi Airlines 747-400 jam 1.30pagi terus ke Madinah al-Munawarah. Bersyukur kerana tidak perlu mendarat di Jeddah dan terpaksa menaiki bas yg jauhnya perjalanan selama 8 jam.

Di KLIA haku berjumpa dengan bekas tuan tanah yg haku penah beli beberapa tahun dulu. Sebenarnya haku dah perasan lama dari masa taklimat terakhir di Masjid Abu Bakar lagi, tapi takut nak tegur (takut tersalah orang).