MADINAH ALMUNAWARRAH: DAY ONE

Tiba di Madinah airport kul 4.52pagi.

Urusan kastam dan imigresen berjalan lancar.
Dan spt di Kelana Jaya terpaksa menunggu dalam bas sejam lamanya sblom berangkat ke Hotel bersebelahan Masjid Nabawi.
Sampai dihotel, lepas bersarapan, haku pon mandi. Dengan keghairahan haku menuju ke Masjid Nabawi dan terus mencari Babus Salam utk menziarahi makam Rasulullah saw dan dua sahabatnya. Memberi salam sambil berlinangan air mata didepan makam baginda. Solat sunat dua rakaat di luar kawasan raudha yg pada mulanya haku tak tahu dimana. Kebetulan haku bertanya pada sorang jemaah Malaysia yg ada disitu dan beliau mencadangkan agar haku pergi pukul 2 pagi semasa orang tidak ramai. Apa barang?

Haku pernah terbaca kalo nak bersolat sunat dalam raudha kena bersabar dan ikut aliran orang yg masuk. Sebab dengan kesyabaran dan keyakinan saja insyaAllah (dengan izinNya) akan mendapat ruang utk bersolat. Haku pon mencuba dan bila haku berjalan kehujung raudha memang ada dua tiga tempat kosong lagi. Haku pon bersolat dan membaca doa disitu. Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita, haku bersolat zohor berjemaah pertama (dari 40 solat berjemaah) di masjid nabi pada tengahari tadi. Syukur sangat-sangat.

Nota: line tenet masih sengal. Gambar ni je yg haku sempat tampal. Oke dahh, nak gi masjid jap. Salamm.