MADINAH ALMUNAWARRAH: DAY TWO

Tadi malam pas taklimat sampi kul 10mlm (3 pagi waktu Masai), haku dah tido kat hotel. Pepagi kul 2.15am dah bangun. Ingat nak sambung tido, tapi rasa hati nak ke Raudha sambil nak test uji kata2 brader smlm.

Pas mandi, haku bergegas ke Masjid Nabi ikut pintu Babbus-Salam. Pastu ziarah ke makam nabi dan 2 sahabat baginda. Haku tengok keadaan orgramai takde beza dengan waktu biasa semalamnya. Tapi haku nekad lagi masuk ke Raudha (karpet hijau). Masa bersesak dalam raudha, adalah saudara tu (macam Melayu gak haku rasa) tepok bahu haku nak bagi spot baik dia. Haku tolak sbb nak gi dekat dengan makam nabi. Angkuhkah haku? Bila dah sampi tepi makam, punyalah lama haku tunggu. Ada rasa nyesal gak tak amek offer brader tadi. Tapi haku doa harap2 ada tempat kosong utk haku. Haku tengok orglen pon berpusu2 dan bersesak2 kat situ. Pantang ada ruang kosong, mesti nak masuk je. Tetiba haku tengok ada pak arab sorang nih bangun dgn jubah putihnya bagi salam kat nabi dan tak semena2 haku dapat amek tempat dia lepas dia beredar. Alhamdulillah.

Pas solat sunat, solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat haku pon beredar. Haku dok kat saf tengah2. Masa tu dah kul 3.30am. Itupun org ramai berebut nak cari tempat duduk walopon waktu suboh lama lagi.

Masa tu haku berkenalan dgn sorang mamat muasassah ni. Lama gak haku sembang2 sambil baca quran. Tetiba adalah mamat indon nih pulak terselit2 masuk in between. Dari acheh katanya, tapi kami tak layan. *Senyum.

Search engines. dalam makam nabi muhamad