MAKAM BAQI’

Petang Rabu tadi (hari kedua) pas Asar haku ziarah makam baqi’. Sebenarnye pagi tadi ada rombongan bawa ziarah dalam masjid dan makam baqi’ tapi haku tak join.

Di depan makam Baqi’ sendiri dipasang papan tanda besar yg memberi petunjuk Nabi Muhammad saw ketika menziarahi kubur. Diantara isinya adalah sabda “Ziarahilah kubur karena itu akan mengingatkan kita kepada akhirat”. Kemudian Rasulullah saw ketika masuk ke kawasan perkuburan selalu memberi salam kepada ahli kubur. Rasulullah saw juga bersabda “Jangan duduk diatas kubur dan jangan bersembahyang menghadapnya”.

Peliknya (berbanding budaya kita) tiada satulah batu nesan di kawasan perkuburan disini yg bertanda. Hatta ada satu kubur besar di hujung sinun yg dijaga polis dan petugas yg nampaknya macam istimewa. Tetapi bila ditanya adakah itu kubur khalifah Uthman al Affan r.a., pak imam Arab dgn selamba cakap ‘wallahualam’, bermaksud tidak tahu, hanya Allah saja yg lebih mengetahui.

Peliknya juga, ada kawasan yg mengadap bangunan Tabung Haji (diluar) yg sedang disirami air oleh pekerja. Banyak juga kubur2 yg spt digali semula dan ditutupi papan besi waja. Haku tak berani nak tengok walopon orglen berbuat begitu. Berkemungkinan kubur2 tersebut utk mayat2 baru. Wallahualam.