KAKI LELAKI MASAI


Sebenarnya haku nak tulis tajuk entri nih camni, ‘gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati ditengah-tengah’.

Semalam waktu isyak, haku berjemaah di saf depan ikut pintu babbus-salam. Dapat dok saf nombor tiga dari depan. Kat saf nombor satu haku nampak ada pak arab berebut tempat duduk. Akhirnya sorang mengalah tapi beralih ke sebelah kanan dan menghimpit 3 orang jemaah melayu gitu.

Masa asar tadi, haku tak larat dah nak jalan ke saf depan. Haku ikut jemaah kat saf agak belakang. Walopon pada mulanya agak lengang, tapi bila azan asar dilaungkan, keadaan saf agak sesak. Tapi bila imam dan bertakbir, org mula memenuhi saf depan mereka. Ada satu saf depan haku pun tetiba tinggal sorang jemaah sebelah tiang sbb jemaah2 sebelah kiri beliau dah berpindah ke saf depan jugak. Masa tinggal rakaat terakhir, tetiba ada sorang pak arab datang dari depan sambil ucap subhanallah subhanallah subhanallah, pegang jemaah (melayu) dan rapatkan ke jemaah di sebelah kirinya. Keadaan yg agak kalut tapi itulah yg sepatutnya. Dan pak arab tadi sambung berjalan di depan saf entah hilang kemana.

Haku asyik bercerita pasal orang. Haku pon lalui keadaan yg sama. Banyak kali org terutamanya warga india dan indon yg tetiba menyelit kat sebelah utk bersolat. Mulanya memang bengang gak. Tapi kejadian pada hari jumaat semalam memang menginsafkan haku. Waktu menunggu khutbah solat jumaat, adalah pak arab nih datang dok menyelit gak kat tempat sempit belah kanan haku dan orgtua india nih. Haku rasalah marah jugak. Masa dia tengah solat, haku biarkan haju lutut haku terbukak, pak arab nih macam ganas je tolak kaki haku. Entah tetiba haku rasa besalah gak. Entah beberapa minit kemudian pas pak arab nih solat, dia pon amek quran dan baca sebelah haku, tapi pastu dia bising2 kat pak arab depannye kerana tak bagi pakcik pakistan dok menyelit. Pak arab depannye pon bergadohla jugak tapi akhirnya bagi ruang kat pakcik pakistan yg tersengih2 tu. Dipendekkan citer, pas solat jumaat, pak arab yg kat depan tuh pon belah dengan muka bengangnye. Wallahualam.