MADINAH ALMUNAWARRAH: DAY FOUR


Pagi pas sarapan pagi dihotel, haku ikut ziarah ke taman sokaifat bani saedah tempat mesyuarat lepas kemangkatan nabi dan tempat perlantikan saidina abu bakar. Pastu berjalan agak jauh ke masjid Ghamamah, tempat nabi berkumpul utk solat sunat aidilfitri. Disebelah masjid Ghamamah ada masjid Abu Bakar dan agak jauh ada masjid Umar.

Nota. Tentang keadaan kaki kiri haku yg kebas dah makin sakit dan berbisa. Pagi tadi masa nak jalan ke masjid Ghamamah dah mula terhencot2 dan tempang. Telan 4 biji pontalon baru lega sikit. Tapi kena jumpa doktor tabung haji gak. Dia bagi ponstan (painkiller) dan kalsium. Dan ubat sapu kaki merekah. Doktor soh pakai stokin pulak.

Nota lagi. Pasal kaunter tabung haji kat hotel. Pengalaman haku kalo amek nombor giliran waktu pagi dan petang memang ramai, sampai seratus lebih orang. Kalo nak cepat dan selesa ialah waktu lepas solat isyak, sbb ramai org bekejaran2 di meja makan dan kaunter akan mulakan dengan nombor baru.

Nota lagi dan lagi. Untuk yg kaki shopping, kuarkanlah wang dari kaunter tabung haji dgn kadar yg bersesuaian kerana ramai rakan2 haku yg terpaksa mengulangi ke kaunter tabung haji untuk pengeluaran lagik.