MADINAH ALMUNAWARRAH: DAY SIX


Citer melontar dan tawaf di Madinah. Mula2 kalo dengar macam pelik jugak. Maksudnya yg paling senang nak paham ialah melontar (membeli korma) dan tawaf (window shopping) di bandar madinah.

Mulanya memang haku takde plan nak beli apa2. Sekadar beli korma dan barang2 cenderamata saja. Tapi bila haku nak poskan barang2 tu kat ejen penghantaran semalam, tetiba kotak yg disediakan agak besar berbanding barang2 yg haku nak kirim balik ke Masai. Apa barang? Duit pon banyak lagik yg haku blom pakai. Ada kawan kata kalo nak beli barang baik di Madina sbb nanti di Mekah kita takde masa nak menshopping. Walopon masa di Mekah nanti lebih lama (hampir 40 hari). Betul ke? Kahh.

Citer lain. Mati di Raudhah.

Dah dua tiga hari haku tak gi ziarah makam Nabi saw. Pagi semalam hati haku tergerak dan rindu nak gi makam dan bersolat sunat di raudhahnye. Haku pegi dalam kul 8.15am. Keadaan yg agak selesa berbanding waktu2 lain. Tapi haku tengok ada beberapa orang polis yg berkawal disitu. Mulanya haku ingat ada VVIP yg datang, manalah haku tahu. Tapi bila haku dah habis solat, baru haku perasan ada orang meninggal kat dalam raudhah (atas karpet hijau). Haku rasa orang indon kott. Innalillah wainnallahirajiun.

Malam masa isyak, haku dah berniat nak solat kat luar masjid belah kiri ngala perkuburan Baqi’ sbb nak tengok bagaimana mereka mengusung mayat2 yg kami solatkan hampir setiap masa selepas waktu fardu.

Gambar atas. Haku tertarik pd jemaah2 dari indon. Sblom nih haku ingat walopon dorang takde badan kerajaan spt Tabung Haji. Tapi bila haku peratikan, kesemua mereka juga memakai gelang yg sama dan pakaian seragam utk semua jemaah. Nampaknye mereka juga diuruskan dgn baik oleh kerajaan mereka. Maaf sekali lagi, gambar tulisan ‘Masai’ drpd ‘Medan’ diatas haku dah photoshopkan.