ZIARAH WIDA’

MADINAH: DAY EIGHT (11 October 2011) Tuesday

Ya Tuhanku, janganlah dijadikan hambaMu pada tempat yg mulia ini sebagai ziarah yg terakhir. Kurniakanlah kpd hamba peluang utk menziarahi kembali ke tempat ini dlm keadaan sihat dan baik. Jika panjang umur hamba, InsyaAllah hamba akan datang lagi. Jika sampai ajal hamba, maka hamba telah mengabdikan kepadaMu syahadah dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat, iaitu hamba bersaksi tiada tuhan melainkan Allah. Tuhan yg tiada sekutu bagiNya dan hamba naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Maha Suci Tuhan yg mempunyai keagungan dan kekuasaan, dari apa yg mereka sifatkan. Salam sejahtera kpd sekalian rasul dan segala puji-pujian yg tertentu bagi Allah, Tuhan yg memelihara serta mentadbir seluruh alam.

Ada yg tanya berapa lama haku kat Madinah? Jadi, tanpa prejudis, haku nak cerr citer lar sikit pasal Madinah nih.

Sebenarnya esok genap lapan hari haku kat Madinah nih. Dan dah bersiap nak bertolak ke Mekah. Lapan hari bermaksud cukup sekurang2nya 40 waktu bersolat jemaah dimasjid nabi. Malam nih jugak nak buat ziarah wida’ di makam nabi. Dan esok pagi2 pas Suboh haku akan mula berpakaian ihram, niat di miqat Bir Ali dan mula bertolak ke Mekah. Petang nanti beg besar dah packing dan dihantar dulu naik bas tapi.

Moga2 dipermudahkan perjalanan hambaMu ini ya Allah. Amin ya robbal alamin.

Search. Ziarah Wida. Ziarah Wada.