MAKKAH AL-MUKARRAMAH: DAY ONE

Semalam dari Madinah dah naik bas kul 7 pagi. Alhamdulillah – bas bertolak jugak sblom kul 9 pagi setelah tunggu tercanguk dlm bas buruk tu.

Sejam masih sesat dalam madinah – tak jumpa jalan ke miqat. Alhamdulillah – dapat drebar mesir yg tak leh membaca papan tanda dan tak leh berkomunikasi dgn petugas haji yg turut serta dlm bas.

Alhamdulillah – tiba di masjid Bir Ali utk niat umrah. Dapat tukar drebar baru tapi guna bas buruk yg sama. Drebar yg mengong tadi pon turut serta sebagai co-pilot. Apa barang?

Alhamdulillah – drebar baru pon bawak bas macam siput. Lori balak pon lagi laju kat hiway 3 lanes tu. Tiga belas jam dok kematu kat atas kerusi bas yg sempit, tanpa spender leh kecot telo oke.

Alhamdulillah – takde maknanye naik bas no. 01 dan dapat giliran pertama, tapi kul 8.30 malam baru tiba di hotel Mekah. 3 jam lambat dari rakan2 yg naik bas lain. Alhamdulillah juga spt yg dijangka keadaan hotel di Mekah yg lebih sempit berbanding di Madinah.

Kul 9.30 malam berkumpul dan bertolak bersama2 jemaah lain yg dibimbing oleh mutawwiz dari indon. Dapat buat tawaf pertama, solat sunat tawaf, minum air zam-zam, saie antara safa dan marwah yg pertama. Alhamdulillah.

Letih sehh. Makan sedap tapi.