AL-HAJR AL-ASWAD

Mengejar Hajaratul Aswad adalah suatu cabaran jugak.

Pagi2 tadi (Jumaat) haku dah bangun kul 2.30pagi. Pas mandi, haku terus gi masjid dan tawaf sunat. Pas tawaf sunat haku ingat nak cuba dekati hajaratul aswad tu, tapi rasa impossible kalo tak kena caranya.

Azan yg pertama berkumandang, sejam seblom waktu suboh, haku cuba ikut aliran tawaf. Manalah tahu dapat melihat dan menyentuh batu hitam dari syurga itu. Memang mustahillah sebab orang terlalu ramai kat penjuru hajaratul aswad. Ada yg menolak dan ditolak.

Dipendekkan citer, walopon tak mungkin haku dapat menyentuh hajaratul aswad pagi tadi. Tapi dapat jugak haku bersolat di saf kedua dibelakang imam (depan kaabah) adalah pencapaian terbaik setakat haku berada di baitul haram ini. Alhamdulillah.

Dan sementara menunggu waktu solat, dapatla haku kayu sugi percuma yg diberikan.

Advertisements