MIRIKEL DI DEPAN KAABAH

Semalam (Ahad) haku ingat ada petugas nak bawak pergi tanaim naik bas utk umrah sunat. Tapi sebenarnya malam esok. Sebab tu haku tak buat tawaf sunat pagi2 subohnya macam biasa.

Petang Ahad semalam, pas maghrib haku plan nak tawaf sunat sbb haku dah cadang nak buat tawaf sehari sekali sekurang2nya insyaAllah. Nak kucup hajaratul aswad jangan harapla dapat buat masa nih.

Tapi pas solat maghrib haku terbatal wuduk dan terpaksa amek wudhu pestaim kat toilet luar masjid pulak. Bawah basement.

Pas amek wudhu, haku gi start tawaf sunat. Dua kali pusingan, tetiba polis dah panggil utk buat saf pertama. Haku tengok orang dah berikat2 tangan utk saf satu dan saf dua. Haku tunggu je belakang kalo2 leh buat saf ketiga dgn ikat2 tangan org sebelah.

Dipendekkan citer lepas ditolak, menolak, dirempuh dan merempuh tak hengat, haku still maintain kat saf ketiga. Pas beberapa ketika saf keempat dibelakang pon dah mula dibentuk. Tetiba juga mirikel berlaku uools, sbb polis dah halau org2 kat saf satu dan kedua didepan haku sebab betul2 belakang imam utk ruang pegawai2 atasan mereka. Tak semena2 ruang depan haku clear uoools. Sungguh terharu sebab pestaim dapat sembahyang belakang imam kat masjidilharam nih. Alhamdulillah.

Pas solat isyak, haku sambung tawaf yg berbaki 5 pusingan.

Pascanota. Pakcik2 yg baju ijo tu ialah cleaners yg bertungkus lumus membersihkan tempat solat imam sebaik saja tempat itu dilapangkan.