ماونتن ديو , DIA TIDAK TAHU YA ALLAH

Haku taknak citer makan dan minum yg mewah kat hotel di Mekah ni. Maksud haku bukanlah mewah giler macam raja, tapi makan tak putus putus. Leh boroi bila balik Masai nnti.

Kekadang nak jugak rasa minuman dalam tin. Mountain Dew ( ماونتن ديو ) harganya dua riyal, bersamaan RM1.85.

Citer lain. Semalam kul 9.30 mlm dah gi masjid Tanaim utk buat niat umrah sunat. Pergi ke masjid Tanaim naik bas, balik pon naik bas jugak. Sebab haku dok kat depan sorang2, haku kena ketuai baca talbiah pakai mikrofon uools. Layann.

Buat tawaf 7 pusingan, solat sunat tawaf kat maqam ibrahim, minum air zam zam. Pastu buat saie dari bukit safa ke marwah 7 pusingan jugak. Kul 12.15 pagi baru selesai. Alhamdulillah.

Citer lainns. Ituari sblom haku mai ke Tanah Suci ni haku ade buat satu entri spesel – PRELUDE. Tapi spt yg haku jangka dan sangka, memang ado kawan yg tak baca haku punya PRELUDE agaknya. Mungkin dia tak paham kott. Sanggup perli2 tikam2 bakang haku bilang haku pegi haji ke jalan-jalan sbb hari2 haku update blog kann. Haku dah doa depan kaabah pagi tadi. Haku dah maafkan mulut celupar bang*sat dia. Moga2 dia insaf. Ya Allah – dia tidak tahu ya Allah. Ampunkanlah dia ya Allah. Aminn ya robbal alamin.

Advertisements