UMRAH SUNAT 2

Malam tadi (Rabu malam Khamis) haku dah join lagi umrah kali kedua.

Mandi sunat ihram di hotel. Bas bertolak dari hotel kul 9.30malam ke Masjid Tanaim (tempat miqat). Di masjid dah buat niat umrah dan solat sunat umrah 2 rakaat.

Balik semula di hotel, haku tak terus ke masjidilharam. Amek wudhu kat bilik hotel dulu dan terus ke kaabah. Tapi ada kawan haku yg tunggu tengahmalam baru start buat tawaf dan saie sbb tak ramai orang katanya. Haku kata takde bezanya sangat.

Haku buat tawaf 7 pusingan, solat sunat tawaf, dan minum air zam zam. Bila buat saie haku tengok jam dah dekat kul 12 tengahmalam. Dari bukit safa ke bukit marwah, ulang alik 7 kali. Habis di bukit marwah kul 12.40 pagi. Pastu haku bercukur dan tahalul. Letih sehh. Balik bilik hotel terus tidur sampai sblom waktu Suboh.

Bila haku balik solat berjemaah dari masjid, haku terus makan breakfast. Pas makan masuk bilik haku tengok 2 rakan sebilik haku masih mendengkur sbb penat balik dari saie kul 2.30 pagi agaknya. Haku kejut2kan dorang dan memang betullah dorang miss Suboh sampai waktu shuruq. Haku bukanlah ustaz pembimbing agama, tapi haku rasa bukanlah tindakan yg baik bila kita kejar yg sunat tapi tinggal yg fardu. Wallahualam.