ROTI TELOR BAWAH

Haku dah lama dengar ada restoran jual roti canai dan teh tarik malaysia. Member sebilik pon dah try, kata kat Safwa Towers.

Pagi2 semalam haku dah carik kat shopping center Menara Zam Zam yg ada food court. Tapi lama gak haku carik tak jumpa2 warong tu. Bila balik bilik hotel haku ngadu kat member kata tak jumpa.

Pas asar semalam haku try lagik. Rupa2nya Safwa Towers tu berlainan bangunan dari Menara Zam Zam. Kena kuar ikut pintu masuk lain. Pas tanye budak guard tu barulah jumpa. Namanya ‘dsaji Felda’ gitu. Ramainya org Mesia kat situ.

Roti canai = 3 riyal
Roti telor = 5 riyal
Teh tarik = 3 riyal

Hilang rindu jap. Alhamdulillah.