UMRAH SUNAT NO. 4

Malam semalam (malam Senin) dah buat umrah sunat yg keempat. Alhamdulillah.

Sebenarnya haku nk citer sikit tentang kejadian malam tadi. Perkara remeh je. Masa tawaf, dgn keadaan orgramai (macam biasa) baru nak buat pusingan pertama adalah pakcik dari turki kot tetiba pekik ‘najis najis najis’ sambil tunjuk tumpahan darah. Haku agak mesti darah period tuh. Orang dah lari2 ngelak. Bila haku masuk pusingan kedua, haku tengok dah takde lagi pakcik dan tumpahan darah tu. Mesti orang cleaners dah bersihkan atau jemaah haji dah ‘tolong’ cucikan pakai kaki memasing. Ahaks.

Citer pasal najis, dulu masa kat masjid nabawi pon masa abes solat asar, tetiba cleaner pasang barricade kat tengah2 jalan pintu nak kuar sbb ada orang terberak tengah jalan tuh. Masa haku mula2 sampai kat masjidilharam nih pun ada orang selamba berak kat tengah jalan kat tempat air zamzam tu. Geli kanns. Memanglah toilet (baca jamban) agak jauh nun kat luar sana. Ada kawan jemaah haku tunggu setengah jam kat bawah tu nak pakai. Sibbaikla hotel haku tak jauh je dari masjid.

Advertisements