KAABAH SUNRISE

Ustaz pembimbing agama soh tunggu kat Kaabah masa sunrise. Cantek pemandangan katanya. Haku memang teruja dgn sunrise kanns. Bukan sunrise je, sunset pon sama. Tapi masalahnya – problem. Sebab Mekah nih terletak di lembah pergunungan yg tandus. Bukan itu saja, tapi bangunan2 yg mencanak lebih tinggi drpd horizon memang mengganggu pemandangan. Haku dah tengok sunset masa magrib memang tak cun sbb di belakang bangunan2 lama.

Begitu juga dgn sunrise pas solat Suboh pagi tadi haku tunggu sampai kul 7 pagi (sunrise kul 6.18am). Kat tingkat atas bumbung masjidilharam. Tapi tak muncul2 mentari. Cuma biasan dan bahangnya saja yg terasa. Gambar kat atas je yg terbaik haku amek sblom haku balek hotel utk breakfast dan tidur. Wallahualam.

Advertisements