WALI ALLAH

Mungkin ramai dah tahu atau penah dengar bila kengkawan kita balik dari Tanah Suci kita akan bertanya sesuatu yg pelik2 berlaku di sini. Terutama bila dlm keadaan kesusahan atau kepayahan tertiba ada seseorang yg datang menolong. Contohnya, ketika tawaf di hadapan kaabah yg sesak dan sentiasa berhimpit dgn ribuan dan jutaan manusia lainnya.

Kelmarin masa haku buat umrah ke empat dan ketika selesai melakukan tawaf umrah, slepas garisan Hajratul Aswad, hakupon cuba mencari jalan keluar dari asakan orangramai utk solat sunat tawaf di maqam Ibrahim atau di Multazam. Punyalah mencabar macam biasa. Terutama bila ada kumpulan jemaah yg berkumpulan yg berikat2 tangan memasing tak bagi orglen masuk atau keluar melalui mereka. Ada sesetengah jemaah yg selesai tawaf cuba merempuh dan dirempuh. Kekadang haku tengok contohnya ada sekumpulan jemaah wanita Iran (empat org) berantai cuba masuk kat rukun yamani secara melawan arus atau tetiba melintang arus dan merempuh kami yg sedang bertawaf. Tapi kekadang tak dapat melepasi kumpulan jemaah lain yg lebih ramai, terutamanya jemaah kumpulan Turki , Cina dan indon. Sampai mereka ditolak dan diterjah keluar balik. Kesian weh. Tapi jemaah negro Afrika lah yg paling ganas kalo berkumpulan – macam kuda naik hangin jer.

Berbalik pd kejadian haku nak kuar dari habis tawaf kelmarin. Walopon haku sorang diri je, tapi nak kuar dari kawasan tawaf ke kawasan solat adalah cabaran jugak. Tetiba depan haku ada pasangan Indon nak kuar jugak, merayu2 kat orang yg sedang tawaf. Mula2 haku cuba ekori mereka. Tapi sebab ramai dan banyaknya kumpulan berantai kekadang tertolak kedepan dan kedalam semula. Sampai satu saat, tetiba haku dah kat depan pasangan indon tadi. Dan haku pon mula mengetuai mereka kuar, mungkin bapak indon tu perasan kot yg haku nak kuar sama, jadi dia boleh pegang kain ihram haku, dan isteri dia memang selalu pegang baju dia sejak dari mula tadi. Alhamdulillah haku dan pasangan indon tadi dapat kuar ke tempat solat depan menghadap maqam ibrahim dgn selamat. Haku tengok punyalah happy bapak indon tadi sampi ucapkan ‘terimakasih pak terimakasih pak’ kat haku berkali-kali. Mungkin dia ingat haku wali Allah agaknya.

Yg sebenarnya haku cuma manusia kerdil yg tiada apa-apa dan tidak langsung pandai berdoa dlm bahasa Arab, dan sedang mencari2 keredhaannya. Astaghfirullah.