KT TU AMENDE?

Masa mula2 haku isi borang kat Tabung Haji adalah pertanyaan tentang KT. Ada KT awal, KT pertengahan dan KT akhir. Haku tanya budak kerani Tabung Haji tu, apadia KT tu? Boleh ke dia gelakkan haku cakap, enchek, KT tu kapalterbang! Maksudnya, enchek nak pergi ikut penerbangan awal ke (turun kat Madinah dulu) atau penerbangan akhir (terus ke Mekah, pastu ke Madinah).

Sebenarnya banyak benda yg haku tak tahu, contohnya ‘muasassah’ dengan ‘pakej’. Dan seblom ikuti kursus haji bersiri, haku pon blurr tentang ‘tahalul’, ‘tawaf wada’, ‘nafar awal’ dan sebagainya. Kenapa ada banyak jenis haji (tamattuk, ifrad, qiran) dan kenapa banyak jenis tawaf? Dulu adalah belajar masa nak amek SRP kot. *Ketawa. Kenapa org mendahulukan ibadah umrah sedangkan ibadah haji adalah rukun Islam? Ada yg sanggup pergi umrah berkali-kali sedangkan belum bersedia utk pergi haji. Boleh gitu?

Tapi sekarang walopon taklah expert, haku rasa bolehla paham. Bersyukur kerana ikuti kursus asas haji setiap minggu di perjiranan sembilan selama hampir 4 bulan kelmarin. Memandangkan wukuf pon tak lama lagi. Moga dipermudahkan ibadah haji hambaMu ini ya Allah.

Berbalik citer pasal KT tadi, masa sampai kat Mekah (dari Madinah). Tetiba ada pulak pilihan sesape nak balik awal ikut penerbangan muasassah boleh isi borang. Dorang kata mungkin ramai jemaah KT 1 (baca penerbangan nombor satu) yg akan tunda penerbangan balik sbb masalah kewanitaan (harap korang pahamla maksud haku kann). Jadi haku pon berdesup isilah borang balik awal tu.

Dipendekkan citer, tengahari tadi (Khamis) dah dapat surat dari Tabung Haji yg haku leh balik awal ikut kapalterbang KT1. Leh masuk tv3 kanns. Sebab tv1 ada dorang kisah? *Senyum.