WUKUF IN 9 DAYS

Nota dulu. Ooops! Tetiba takleh nak upload gambar pulak kat wordpress nih.

Hari nih haku rasa oke sikit. Pegi solat suboh kat masjidilharam. Breakfast macam biasa.

Kul 7am dah ikut rombongan Ustaz Razak gi ziarah Jabal Abu Qubais.

Jabal Qubais (Arab: جبل قوبيس‎; Bukit Qubais atau Bukit Abi Qubais) terletak berhampiran Makkah, Arab Saudi. Tingginya 420 meter, bertentangan dengan Hajar Aswad, di penjuru tenggara Kaabah. Imam as-Sayuthi meriwayatkan bukit pertama yang dicipta Allah di atas muka bumi ini ialah ‘Jabal Qubais’. Ibadat Sa’i terletak di hujung Jabal Qubais.

Di sinilah juga batu hitam Hajar Aswad diturunkan Allah ke dunia ini. Tatkala Nabi Ibrahim membina semula Baitullah, maka Jabal Abi Qubais mengeluarkan kembali Hajarul Aswad lalu dibawa oleh malaikat Jibrail dan diserahkan kepada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim juga menyeru umat manusia menunaikan haji dari atas Jabal Abi Qubais.

Di atas Jabal Qubais ini juga Nabi Muhammad membelah bulan atas permintaan kaum musyrikin Mekah.

Pada tahun 1974, ada sebuah masjid di atas bukit ini yang dinamakan Masjid Bilal. Baitullah Kaabah jelas nampak dari sini. Orang yang mengerjakan haji akan ‘melambai-lambaikan’ kepada sanak saudara, handai taulan yang masih belum mengerjakan haji di atas bukit ini.

Kini, di atas bukit ini dibina istana mewah keluarga Saud. [+ sumber wikipedia ]

 

Sebelom kami ditunjukkan bekas rumah Saidina Abu Bakar (now KFC) sblom beliau dan Nabi saw berhijrah ke Bukit Thur utk ke Madinah. Ditunjuk juga rumah Siti Khadijah (now ladies toilet) dan bekas tapak rumah Maulid Nabi (now Library). Wallahualam.

Search. http://www.ustazrazak.com.my