PAKEJ 3 MUASSASAH 0

Dah banyak kali kita dengar kelebihan mengikuti haji secara pakej berbanding dengan muassasah. Haku tak mohla citer banyak2 tentang kelebihan2 yg haku rasa setakat ini. Lagipon memangla tak boleh dibandingkan sbb harga yg memang jauh beza. Tapi haku kesian gak tengok pakcik2 dan makcik2 yg tua tua yg ikut muassasah terpaksa berjalan jauh dari hotel utk ke masjid. Ramai mereka terpaksa menunggu seharian di masjid dan hanya pulang utk makan, mandi dan tidur saja. Mungkin ada antara mereka tak larat ke masjid sbb jarak yg agak jauh. Sedangkan kebanyakan jemaah pakej boleh pergi balik masjid setiap waktu. Tapi jgn heran kalo jemaah pakej pon ada yg ‘malas’ nak kemasjid tanpa alasan yg munasabah.

Haku bukanlah takmoh ikut muassasah, tapi bila haku register ituari boleh dorang kata tunggu tahun 2036 (25 tahun lagi)! Ada roommate haku kat sini tukar (upgrade) dari muassasah ke pakej sebab hendakkan keselesaan mengerjakan umrah dan haji, katanya. Terutama utk mereka yg membawa isteri. Biasanya mereka yg ada pengalaman mengerjakan umrah seblom nih. Ada juga kawan2 haku yg terima panggilan muassasah utk mengerjakan haji setiap tahun tapi beliau tak ready lagik – nak enjoy dulu katanya. Itu citer lain.

Berbalik citer jemaah muassasah lagi. Olehkerana hotel kami menginap nih agak dekat dengan masjidilharam, cuma 400 meter saja. Hampir setiap hari kami akan terima tetamu dari muassasah yg sesat. Biasanya yg pestaim sampai siap dgn pakaian ihram lagik. Sebab ada bendera Malaysia kat luar hotel nih senang dorang nampak. Ada yg ngadu dua hari tidur kat masjid sbb tak jumpa hotel mereka yg agak jauh tu. Biasanya pihak petugas tabung haji (hotel kami) akan hubungi petugas satu lagi dan memberi mereka makan dahulu sementara tunggu petugas tabung haji dari hotel yg berkenaan mengambil mereka. Kesian kann.

Tetiba teringat pada bapak dan arwah emak haku masa dorang menunaikan haji beberapa tahun dulu ikut muassasah. Kasihan, sedih dan terharunya terasa bagaimana keadaan orgtua spt mereka mengerjakan haji dan umrah ketika itu. Alfatihah buat arwah emak haku.