SOLAT JUMAAT 3

Ini sekadar catatan peribadi. Bukan citer wali Allah.

Minggu pas haku dapat solat jumaat kat dalam masjid tingkat dua. Itupun haku dtg kul 10pagi.

Tengahari tadi ingatkan nak dtg kul 10 gak. Bila haku sampi dah kul 10.30. Sampi kat dataran masjid dah ramai orgramai. Sampi kat gate nak masuk elevator pak polisi dah tutup pintu kata takleh masuk masjid lagi. Haku ingat pintu itu saje, rupa2nye semua pintu uoools.

Dipendekkan citer haku terpaksa lepak kat dataran dibawah bahang mentari yg panas. Haku bentangkan sejadah lipat haku. Memang panas giler, haku ingat nak pindah lokasi lain. Tapi tempat lain pon sama haku rasa. Haku tawakal je. Tak semena2 kul 11.05am tiba2 redup, haku tengok langit awan takde. Rupa2nye mentari sudah dibalik menara Zam Zam. Syukurnya – alhamdulillah.

Orgramai kat dataran pon makin lama makin padat. Tapi haku rasa tempat haku agak selesa kalo dibandingkan dgn pengalaman haku masa solat kat depan kaabah ikut saf 1, saf 2 atau saf 3 – berhimpit2 bahu ke bahu, bontot ke bontot dan lutut ke lutut. Kat sini, dapat duduk bersila atau bersimpuh lagi, cuma bersentuh lutut ke lutut saja.

Haku nk citer sikit pasal pasangan org Mesia kita yg dok kat depan haku tu. Laki bini. Dah tabung haji soh org pompuan tak wajib solat jumaat nak jugak pergi. Pastu tak bagi orglen dok sebelah pulak. Marah2 org langkah2 dia. Ada orang nak lalu pon tak bagi, dia ingat org tu nak dok sebelah dia kot. Haku bukanlah nak mengata apa2 tapi haku rasa elokla perasaan dendam marah irihati kedekut tu simpan kat bilik hotel memasing. Haku bandingkan org pompuan iran sebelahnya pulak yg beriya2 soh org pompuan arab lain dok depan dia. Sampai haku tengok mencebikkan diri pompuan arab tu – ‘masam muka’ gimiknya. Uhh. Astagfirullah.

Citer pasal haku pulak. Di saf haku nih sebelah kiri pakcik afrika dan sebelah kanan pemuda India – nampak biasa je. Masa tengah dok tunggu azan zohor (utk solat Jumaat) adalah dua tiga orang jemaah dok bersila tunggu kat bakang kami. Bila dah azan, pas solat sunat, haku perasan ada sorang mamat bangla nih asyik berdiri je inbetween saf bakang haku. Kesian, haku soh mamat bangla nih dok kat depan sejadah haku – dia akur sambil dengar khutbah. Bila habes khutbah, nak start solat jumaat, haku dah plan nak tarik mamat nih solat sebelah haku sbb dari pengalaman haku dok berhimpit2 depan kaabah tempohari, haku yakin leh muat sorang lagi walaupun terpaksa berhimpit gak. Tapi haku tengok mamat bangla nih terhegeh2 bangun, dan haku cepat2 tarik tangan dia soh berdiri sebelah haku. Dia pon ikut. Sukanya dia haku tengok – walopon haku terpaksa bagi separuh sejadah haku kat dia. Dipendekkan citer, pas solat, sungguh2 mamat bangla tu shake hand cakap ‘thank you thank you’ kat haku. Haku senyum je cakap ‘alhamdulillah’. Gitu. Yg penting haku lega dan puas hati dapat tolong sorang hamba Allah yg memerlukan space utk solat. Mana tau giliran haku pulak nanti. Wallahualam.

Nota. Haku baru beli al-Quran yg pertama di Mekah yg ada tajwid dgn terjemahannye sekali. Bahasa Indon tapi.