TAK TAHU SOLAT APA

Petang tadi (Jumaat) haku datang masjid utk solat magrib awal sikit. Usai solat magrib sementara tunggu Isyak, haku baca al-Quran sebelah wak indon nih. Haku namakan dia Wak Hasan (bukan nama sebenar). Agak2 setengah jam, wak Hasan yg tegur haku dulu, suka tengok sejadah lipat haku sbb ada kompas sekali. Haku layan je. Wak Hasan kata dari Jawa Tengah, dekat Borobudur katanya. Kami citer pasal urusan haji di negara masing2. Wak Hasan tanya harga kalo ikut pakej swasta atau kerajaan (pemerintah). Tanya haku dok hotel mana. Citer pasal famili, anak2. Wak Hasan ni duda, isterinya dah meninggal dua tahun lepas. Anak2 wak Hasan dua orang lelaki, blom berkahwin lagi. Wak Hasan dah pencen, dulu kerja dgn pemerintah bahagian keadilan (guaman). Gitu.

Tetiba wak Hasan kata dia nak balik hotel. Haku tengok jam masih 45 menit sblom azan Isyak. Haku moshkil. Haku tanya wak Hasan tu, wak nak gi mana? Nape wak tak tunggu solat Isyak? Wak Hasan kata dia dah solat Isyak tadi. Aikk, terperanjat haku. Haku kata tadi solat maghrib. Tetiba wak Hasan bangun amek Quran yg dia pulangkan tadi dan start nak baca. Haku tegur lagi, wak tadi niat solat Isyak kan? Jadi wak kena ulang solat magrib. Baru wak Hasan bangun dan solat magrib.

Yg haku pelik takkan wak tu tak perasan tadi solat tiga rakaat je?

Haku pon beristigfar banyak2. Moga2 haku tak nyanyuk macam tu bila tua nanti.