ORANG BANGLA PON LEH GI HAJI

Sblom itu haku nak minta maap dulu naa. Bukan niat haku nak perli sesape atau sengaja nak sakitkan hati sesape.

Haku tahu ramai yg terkezott bila dpt tau haku nak gi haji awal bulan lepas. Ramai jugak yg tak percaya kanns. Itulah rejeki yg Allah berikan pada haku.

Dengan itu haku berbesar hati dengan berdoa sesungguh hati dan perasaan di depan kaabah tempohari utk kengkawan semua, terutama yg blom pernah mengerjakan haji (termasuk yg pergi umrah saja). Tiadalah hadiah subenier yg paling besar yg haku rasa paling bermakna selain hadiah doa berikut utk kalian.

Ya Allah, ampunilah diriku ya Allah. Aku mohon kerahmatanMu ya Allah. Aku mohon taufik dan hidayahMu. Ya Allah, cukup ramai sahabat-handai dan sanak saudaraku yg telah memberi ucap selamat ketika haku menyambut lambaianMu ini. Ya Allah balaskan segala niat ikhlas mereka dengan keredaanMu. Ampunilah dosa-dosa mereka, bukalah pintu hati mereka bagi menunaikan fardu haji supaya mereka akan dapat merasai nikmat sebagaimana yg Engkau berikan kepadaku, ya Allah, murahkanlah rezeki mereka. Amin ya robbal alamin.

Dan diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.

Moga-moga kita semua (termasuk diri haku) dapat memanfaatkannya. Amin.

Advertisements