Month: October 2011

PENYAKIT SEBAGAI UJIAN

Dua minggu lepas haku kan demam. Sakit demam dah kebah. Tapi tetibe tiga hari sblom haku berangkat ke Tanah Suci, haku dijangkiti virus selesema pulak. Hidung berlari (baca running nose) atas dan bawah. Dah mintak ubat Klinik Penawar, dan habis dimakan sudah tapi masih berhingus lagik. Nampaknye kena pegi Klinik yg bukak 24 jam tuu.

Harap2 haku tak dijangkiti penyakit serius ketika di Tanah Suci nanti. Amin ya Allah.

AURA HAJI

Haku tak pernah terfikir nak menunaikan haji sblom ini. Sehinggalah awal tahun ini.

Ada setengah orang cakap, dah sampai seru agaknya. Dah terpilih olehNya agaknya. Haku tak mahu takbur. Banyak lagi yg haku harus belajar.

Tapi yg pasti, haku dah bersedia utk menerima jemputanNya tahun ini. Semoga haku mendapat rahmat hidayahNya. Amin ya robbal alamin.

Terimakaseh pd kengkawan yg mengucapkan selamat menunaikan fardu haji, selamat pergi dan kembali, semoga mendapat haji yg mabrur. InsyaAllah.

PRELUDE

Ini entri prelude atau prolog sblom haku berangkat ke Tanah Suci.

Ya Allah. Haku mohon izinMu semata-mata kerana haku ingin khabarkan tentang keagunganMu, keesaanMu dan kehebatanMu kepada kaum kerabatku, kengkawanku, dan pembaca2 blog haku yg tiada apa2 ini. Ya Allah, berikanlah haku ilham, mudahkan haku mengambil gambar2 photo setiap hari, jauhkanlah masalah utk mendapatkan wifi dimana-mana tempat haku menginap dan berikanlah haku kekuatan untuk haku mengupdate blog ini sepanjang perjalanan haku ke tanah suci. Tanpa mengabaikan tanggungjawab dan tujuan utama haku kesana.

Haku memohon keampunanNya jika kelihatan egoistik, riak, berlagak dan sombong. Haku benar-benar tidak berniat begitu.