Month: October 2011

SOLAT JUMAAT 3

Ini sekadar catatan peribadi. Bukan citer wali Allah.

Minggu pas haku dapat solat jumaat kat dalam masjid tingkat dua. Itupun haku dtg kul 10pagi.

Tengahari tadi ingatkan nak dtg kul 10 gak. Bila haku sampi dah kul 10.30. Sampi kat dataran masjid dah ramai orgramai. Sampi kat gate nak masuk elevator pak polisi dah tutup pintu kata takleh masuk masjid lagi. Haku ingat pintu itu saje, rupa2nye semua pintu uoools.

Dipendekkan citer haku terpaksa lepak kat dataran dibawah bahang mentari yg panas. Haku bentangkan sejadah lipat haku. Memang panas giler, haku ingat nak pindah lokasi lain. Tapi tempat lain pon sama haku rasa. Haku tawakal je. Tak semena2 kul 11.05am tiba2 redup, haku tengok langit awan takde. Rupa2nye mentari sudah dibalik menara Zam Zam. Syukurnya – alhamdulillah.

Orgramai kat dataran pon makin lama makin padat. Tapi haku rasa tempat haku agak selesa kalo dibandingkan dgn pengalaman haku masa solat kat depan kaabah ikut saf 1, saf 2 atau saf 3 – berhimpit2 bahu ke bahu, bontot ke bontot dan lutut ke lutut. Kat sini, dapat duduk bersila atau bersimpuh lagi, cuma bersentuh lutut ke lutut saja.

Haku nk citer sikit pasal pasangan org Mesia kita yg dok kat depan haku tu. Laki bini. Dah tabung haji soh org pompuan tak wajib solat jumaat nak jugak pergi. Pastu tak bagi orglen dok sebelah pulak. Marah2 org langkah2 dia. Ada orang nak lalu pon tak bagi, dia ingat org tu nak dok sebelah dia kot. Haku bukanlah nak mengata apa2 tapi haku rasa elokla perasaan dendam marah irihati kedekut tu simpan kat bilik hotel memasing. Haku bandingkan org pompuan iran sebelahnya pulak yg beriya2 soh org pompuan arab lain dok depan dia. Sampai haku tengok mencebikkan diri pompuan arab tu – ‘masam muka’ gimiknya. Uhh. Astagfirullah.

Citer pasal haku pulak. Di saf haku nih sebelah kiri pakcik afrika dan sebelah kanan pemuda India – nampak biasa je. Masa tengah dok tunggu azan zohor (utk solat Jumaat) adalah dua tiga orang jemaah dok bersila tunggu kat bakang kami. Bila dah azan, pas solat sunat, haku perasan ada sorang mamat bangla nih asyik berdiri je inbetween saf bakang haku. Kesian, haku soh mamat bangla nih dok kat depan sejadah haku – dia akur sambil dengar khutbah. Bila habes khutbah, nak start solat jumaat, haku dah plan nak tarik mamat nih solat sebelah haku sbb dari pengalaman haku dok berhimpit2 depan kaabah tempohari, haku yakin leh muat sorang lagi walaupun terpaksa berhimpit gak. Tapi haku tengok mamat bangla nih terhegeh2 bangun, dan haku cepat2 tarik tangan dia soh berdiri sebelah haku. Dia pon ikut. Sukanya dia haku tengok – walopon haku terpaksa bagi separuh sejadah haku kat dia. Dipendekkan citer, pas solat, sungguh2 mamat bangla tu shake hand cakap ‘thank you thank you’ kat haku. Haku senyum je cakap ‘alhamdulillah’. Gitu. Yg penting haku lega dan puas hati dapat tolong sorang hamba Allah yg memerlukan space utk solat. Mana tau giliran haku pulak nanti. Wallahualam.

Nota. Haku baru beli al-Quran yg pertama di Mekah yg ada tajwid dgn terjemahannye sekali. Bahasa Indon tapi.

KT TU AMENDE?

Masa mula2 haku isi borang kat Tabung Haji adalah pertanyaan tentang KT. Ada KT awal, KT pertengahan dan KT akhir. Haku tanya budak kerani Tabung Haji tu, apadia KT tu? Boleh ke dia gelakkan haku cakap, enchek, KT tu kapalterbang! Maksudnya, enchek nak pergi ikut penerbangan awal ke (turun kat Madinah dulu) atau penerbangan akhir (terus ke Mekah, pastu ke Madinah).

Sebenarnya banyak benda yg haku tak tahu, contohnya ‘muasassah’ dengan ‘pakej’. Dan seblom ikuti kursus haji bersiri, haku pon blurr tentang ‘tahalul’, ‘tawaf wada’, ‘nafar awal’ dan sebagainya. Kenapa ada banyak jenis haji (tamattuk, ifrad, qiran) dan kenapa banyak jenis tawaf? Dulu adalah belajar masa nak amek SRP kot. *Ketawa. Kenapa org mendahulukan ibadah umrah sedangkan ibadah haji adalah rukun Islam? Ada yg sanggup pergi umrah berkali-kali sedangkan belum bersedia utk pergi haji. Boleh gitu?

Tapi sekarang walopon taklah expert, haku rasa bolehla paham. Bersyukur kerana ikuti kursus asas haji setiap minggu di perjiranan sembilan selama hampir 4 bulan kelmarin. Memandangkan wukuf pon tak lama lagi. Moga dipermudahkan ibadah haji hambaMu ini ya Allah.

Berbalik citer pasal KT tadi, masa sampai kat Mekah (dari Madinah). Tetiba ada pulak pilihan sesape nak balik awal ikut penerbangan muasassah boleh isi borang. Dorang kata mungkin ramai jemaah KT 1 (baca penerbangan nombor satu) yg akan tunda penerbangan balik sbb masalah kewanitaan (harap korang pahamla maksud haku kann). Jadi haku pon berdesup isilah borang balik awal tu.

Dipendekkan citer, tengahari tadi (Khamis) dah dapat surat dari Tabung Haji yg haku leh balik awal ikut kapalterbang KT1. Leh masuk tv3 kanns. Sebab tv1 ada dorang kisah? *Senyum.

TAK NAMPAK KAABAH!

Masa dalam perjalanan berziarah dgn ustaz Razak tadi, kami ditemukan dgn kejadian yg agak luarbiasa. Sorang jemaah dari India yg bersolat membelakangkan kaabah.

Teringatkan haku kisah2 yg selalu diceritakan oleh rakan2 yg mana Allah akan membayar cash didepan kaabah kepada sesiapa yg bersifat takbur, marah, khurafat, molot celupar, keghairahan, bodoh sombong, pengotor dan kecetekan ilmu pengetahuan telah mengundang kepada pelbagai peristiwa yg mendukacitakan. Wallahualam.

Search. http://www.ustazrazak.com.my

WUKUF IN 9 DAYS

Nota dulu. Ooops! Tetiba takleh nak upload gambar pulak kat wordpress nih.

Hari nih haku rasa oke sikit. Pegi solat suboh kat masjidilharam. Breakfast macam biasa.

Kul 7am dah ikut rombongan Ustaz Razak gi ziarah Jabal Abu Qubais.

Jabal Qubais (Arab: جبل قوبيس‎; Bukit Qubais atau Bukit Abi Qubais) terletak berhampiran Makkah, Arab Saudi. Tingginya 420 meter, bertentangan dengan Hajar Aswad, di penjuru tenggara Kaabah. Imam as-Sayuthi meriwayatkan bukit pertama yang dicipta Allah di atas muka bumi ini ialah ‘Jabal Qubais’. Ibadat Sa’i terletak di hujung Jabal Qubais.

Di sinilah juga batu hitam Hajar Aswad diturunkan Allah ke dunia ini. Tatkala Nabi Ibrahim membina semula Baitullah, maka Jabal Abi Qubais mengeluarkan kembali Hajarul Aswad lalu dibawa oleh malaikat Jibrail dan diserahkan kepada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim juga menyeru umat manusia menunaikan haji dari atas Jabal Abi Qubais.

Di atas Jabal Qubais ini juga Nabi Muhammad membelah bulan atas permintaan kaum musyrikin Mekah.

Pada tahun 1974, ada sebuah masjid di atas bukit ini yang dinamakan Masjid Bilal. Baitullah Kaabah jelas nampak dari sini. Orang yang mengerjakan haji akan ‘melambai-lambaikan’ kepada sanak saudara, handai taulan yang masih belum mengerjakan haji di atas bukit ini.

Kini, di atas bukit ini dibina istana mewah keluarga Saud. [+ sumber wikipedia ]

 

Sebelom kami ditunjukkan bekas rumah Saidina Abu Bakar (now KFC) sblom beliau dan Nabi saw berhijrah ke Bukit Thur utk ke Madinah. Ditunjuk juga rumah Siti Khadijah (now ladies toilet) dan bekas tapak rumah Maulid Nabi (now Library). Wallahualam.

Search. http://www.ustazrazak.com.my

ON IBRAHIM AL KHALIL ROAD

Dah dua hari haku terlantar kat katil je. Demam tak larat nak kemana-mana. Ubat yg doc bagi pon dah nak abes.

Nota. Keadaan trafik di Tanah Suci nih memang kelam kabut. Siang malam 24 jam asyik bunyi hon saja. Bersyukur dgn keadaan jalanraya di negara sendiri yg lebih sistematik, walopon cabaran pejalan kaki nak lintas jalan pon tak kurang bezanya. Uhh.

HAKU DEMAM OKE

Dah beberapa hari haku sakit tekak. Tapi malam semalam yg teruknya.

Pepagi dah gi Klinik, punyelah ramai org tunggu.

Dipendekkan citer (pas tunggu sejam setengah), doc soh berehat je. Bagi ubat panadol dan syrup batuk. Doc soh habeskan ubat antibiotik yg haku bawak dari mesia.

Arini satu hari haku tak larat nak gi masjid. Malam rasanya takleh nak buat umrah sunat. Pening kepala dan seram sejuk seluruh badan je nih.

WALI ALLAH

Mungkin ramai dah tahu atau penah dengar bila kengkawan kita balik dari Tanah Suci kita akan bertanya sesuatu yg pelik2 berlaku di sini. Terutama bila dlm keadaan kesusahan atau kepayahan tertiba ada seseorang yg datang menolong. Contohnya, ketika tawaf di hadapan kaabah yg sesak dan sentiasa berhimpit dgn ribuan dan jutaan manusia lainnya.

Kelmarin masa haku buat umrah ke empat dan ketika selesai melakukan tawaf umrah, slepas garisan Hajratul Aswad, hakupon cuba mencari jalan keluar dari asakan orangramai utk solat sunat tawaf di maqam Ibrahim atau di Multazam. Punyalah mencabar macam biasa. Terutama bila ada kumpulan jemaah yg berkumpulan yg berikat2 tangan memasing tak bagi orglen masuk atau keluar melalui mereka. Ada sesetengah jemaah yg selesai tawaf cuba merempuh dan dirempuh. Kekadang haku tengok contohnya ada sekumpulan jemaah wanita Iran (empat org) berantai cuba masuk kat rukun yamani secara melawan arus atau tetiba melintang arus dan merempuh kami yg sedang bertawaf. Tapi kekadang tak dapat melepasi kumpulan jemaah lain yg lebih ramai, terutamanya jemaah kumpulan Turki , Cina dan indon. Sampai mereka ditolak dan diterjah keluar balik. Kesian weh. Tapi jemaah negro Afrika lah yg paling ganas kalo berkumpulan – macam kuda naik hangin jer.

Berbalik pd kejadian haku nak kuar dari habis tawaf kelmarin. Walopon haku sorang diri je, tapi nak kuar dari kawasan tawaf ke kawasan solat adalah cabaran jugak. Tetiba depan haku ada pasangan Indon nak kuar jugak, merayu2 kat orang yg sedang tawaf. Mula2 haku cuba ekori mereka. Tapi sebab ramai dan banyaknya kumpulan berantai kekadang tertolak kedepan dan kedalam semula. Sampai satu saat, tetiba haku dah kat depan pasangan indon tadi. Dan haku pon mula mengetuai mereka kuar, mungkin bapak indon tu perasan kot yg haku nak kuar sama, jadi dia boleh pegang kain ihram haku, dan isteri dia memang selalu pegang baju dia sejak dari mula tadi. Alhamdulillah haku dan pasangan indon tadi dapat kuar ke tempat solat depan menghadap maqam ibrahim dgn selamat. Haku tengok punyalah happy bapak indon tadi sampi ucapkan ‘terimakasih pak terimakasih pak’ kat haku berkali-kali. Mungkin dia ingat haku wali Allah agaknya.

Yg sebenarnya haku cuma manusia kerdil yg tiada apa-apa dan tidak langsung pandai berdoa dlm bahasa Arab, dan sedang mencari2 keredhaannya. Astaghfirullah.