Month: November 2011

HARAM ke JEDDAH

Perjalanan pulang dari masjidilHARAM (Mekah) ke JEDDAH spt yg dijangkakan (dgn kerenah birokrasi mottawif, tabung haji dan drebar taksi) mengambil masa panjang yg terlampau. Yg menguji kesabaran jugak. Tapi haku dah anggap sbg cabaran, dugaan dan cobaaan saja. Sebab haku bukan pakej VVIP, haku sekadar menunggang unta yg kurus.

Tak best kan asyik citer ulang2 benda yg sama dan merungut saja. Uhh, apa2 pon tak boleh. Astaghfirullah.

Mungkin semasa kengkawan baca entri nih, haku dah sampi Masai. InsyaAllah.

Haku nak mintak maap naa kalo ada mana2 entri haku sblom nih yg keterlaluan yg terlepas cakap, yg mungkin mengguris perasaan sesape. Blog ini hanya sekadar catatan pribadi haku saja. Pengalaman oranglen mengerjakan haji ke Tanah Suci mungkin berbeza. Wallahualam.

Dan haku sengaja bukak komen utk ENTRI TERAKHIR haku nih disaat akhir sblom haku meninggalkan Tanah Suci. Silalah berkomen (kalo ade).

Advertisements

I ♥ TUAN HAJI_ME

Terimakasih pada cik Adila yg chomeylote yg brilliant tewww yg sudi buatkan banner yg nice nih. Ihiks. Ai laike.

Pascanota. Korang jangan jeles dan pandang serong oke. Haku yg sebenarnya soh cikAdila tewww buatkan banner. Itu saja.

TUAN HAJI_ME

Alhamdulillah. Pagi semalam (Rabu) kul 3.20am dah selamat buat tawaf haji dan saie haji.

Selipar yg haku beli kat Mina pon dah hilang. Mungkin dah kena buang dengan cleaners masjid. Kira sedekah jer la tuu.

Pagi tadi dlm kul 9 dah gi masjidilharam. Panjat escalator bangunan atas tempat saie (Safa dan Marwa) sampai tingkat atas je. Pastu gi al-Safwa Tower nak pekena roti canai di Restoran Felda dSaji. Jumpa students Mekah dan borak2 sikit jer. [+ na5wa.com ]

Esok pagi (Jumaat) nak buat Tawaf Wada’ sblom berlepas ke Masai. Semoga dipermudahkan perjalanan pulang dari haji ini ya Allah. Amin ya robbal alamin.

Updated (17.11.11). Just curious. Got a lot of hits from Facebook. If anybody notice please let me know.

MINA: DAY TWO

Spt semalam, pagi2 tadi pon haku dah kuar melontar ketiga-tiga jamrah lepas solat suboh. Hari pertama Tasyrik – 11hb Zulhijjah. Alone jugak.

Masa melontar jamrah pertama (Jamrah Sughro), ada sorang pakcik indon ni sebelah haku yg agak berumur tapi masih cergas. Pas melontar, tetiba kawan dia tanya berapa butir krikil dia dah baling. Dia leh jawab kesemuanya 21 butir! Sibbaik kawan tu bagitau dia patut baling 7 butir saja dan kelam kabut dia carik dan pungut batu2 krikil kat kawasan situ. Kasihan kann.

MINA: DAY ONE

Sampai dari Muzdalifah dah kul 6pagi.

Kalo ikut jadual ustaz Tabung Haji kami akan melontar Jamrah Kubro lepas waktu isyak (dlm kul 7 mlm gitu). Tapi kalo ikut waktu afdal lepas fajar, maka haku pon bergerak ke kompleks Jamrah. Alone matcham biasa.