FAKIR MISKIN

Dikhabarkan bahawa tiadalah rakyat Arab Saudi yg miskin, yakni yg hidup dibawah kemiskinan tegar. Jadi setiap tahun kerajaan Arab Saudi menghadapi masalah utk mengagihkan wang zakat yg berbilion riyal. Tapi public toilets pon susah nak buat kann.

Citer lain. Ustaz jugak memberitahu sekiranya hendak membayar dam ihram atau memberi sedekah janganlah diberikan pada peminta sedekah yg bergelendangan di tepi atau ditengah jalan yg berlipat2 tangan. Lebih elok diberikan pada para pekerja pencuci lantai masjidil haram yg gajinya tak seberapa. Wallahualam.

Nota. Sejak seminggu lepas dah tak nampak pengemis bangsa Afrika yg meminta2 ditengah jalan. Mungkin dah kena kandang agaknya. Begitupun, makin ramai jemaah haji berkumpul dan berkampung ditepi2 longkang (ada ke longkang kat Mekah nih?) atas sejadah je. Sidai baju, kencing berak sana sini. Siap bawak periuk belanga lagik. Esok dah nak gi wukuf.