SEJUKNYA MUZDALIFAH MACAM NAK MAMPUS, BETUL KAH?

Kata Prof Muhd Kamil Ibrahim dalam buku Travelog Hajinya, mukasurat 173:

“Badan menggigil. Tahap kesejukan sudah sampai ke otak. Terbayang yg minda sedang dibekukan secara perlahan-lahan. Hampir-hampir tidak (boleh) berfikir.”

Haku sebenarnya terkejut dan fobia selepas baca buku travelog beliau, haku berpendapat kalo betullah keadaan suhu di Muzdalifah betul2 sejuk, tiadakah cara utk kita mengatasinya walopon dalam keadaan berihram? Ataupun ketika beliau tiba di situ betul2 musim sejuk? Sebab haku tak pernah dengar sesape kengkawan atau sedara mare komplen pasal kesejukan terlampau di Muzdalifah yg berbumbungkan langit, berdindingkan angin dan berlantaikan batu batan di bumi. Atau mereka sengaja tak mahu cerita apa2 dan anggap sebagai cobaan.

Yg haku boleh pikirkan utk menahan kesejukan itu hanyalah menggunakan sleeping bag (beg tidur) saja.

Masa ikuti taklimat akhir Tabung Haji di Masjid Abu Bakar bulan lepas, haku diberitahu bahawa kita boleh memakai sleeping bag. Semalam haku dah bertanya pada ustaz pembimbing ugama dan beliau mengesahkannya, Cuma tidak boleh menutup kepala semasa ihram.

Tapi dapatkah sleeping bag haku mengatasi masalah kesejukan di Muzdalifah nanti? Kita tunggu.

Harap2 hal tidak kecukupan tandas awam jugak tidak menjadi masalah nanti.

“Ya Allah, ampunilah haku, ya Allah. Mudahkanlah perjalanan haku dari Mekah ke Arafah. Jauhilah haku daripada sebarang mala petaka. Jangan Engkau uji diriku dengan sesuatu yg tidak dapat haku pikul. Berikanlah kesihatan yg baik. Amankan hati. Tenangkan perasaanku. Ingatkan haku supaya bertalbiah sepanjang jalan. Ya Allah mudahkan urusanku semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Berikanlah kemudahan bilik air kepadaku. Janganlah ia menjadi satu masalah yg besar. Amin ya robbal alamin.”

Nota. Jangan lupa, penulis buku mengerjakan haji menggunakan muassasah, bukan pakej tabung haji. Mungkin pengalaman yg berbeza. Wallahualam.

Pascanota. Olehkerana tiada kecapaian wifi di padang Arafah, Muzdalifah dan Mina, maka photoblog haku (yg tiada apa2 ini) akan lewat diupdate sehingga haku balik dari sana. InsyaAllah. Harap2 jugak otak haku masih tak beku bila haku balik ke Masai nanti (minggu depan).

Updated. 8 Nov 2011 (Selasa). Haku baru balik dari Mina lepas Nafar Awal. Keadaan di Muzdalifah tidaklah sesejuk spt yg digambarkan oleh penulis. Alhamdulillah.

Advertisements