3 MINIT DAH JADI 3 JAM

Masa nak solat jamak tamam Magrib petang tadi, tetiba ada beberapa orang pak Arab kot marah2 kata takleh sembahyang kat Arafah – kena sembahyang kat Muzdalifah. Kami tak layan pon.

Lepas solat jamak tamam Magrib dan Isyak di padang Arafah, kami dibawa menaiki bas ke Muzdalifah.

Perjalanan yg sepatutnya cuma tak sampai sepoh minit (sampai ada jemaah yg dipaksa berdiri didalam bas), tetiba menjadi 3 jam. Gara-gara haku kena lagi naik bas suwey (haram-j*ddah) yg rosak dan terpaksa berhenti ditepi hiway. Menunggu bas yg satu lagi pon amek masa 2 jam! Dan bas itupun rosak (updated: bas takdok permit) sblom smpi ke pintu masuk kawasan Muzdalifah – bayangkan! Walopon begitu, kami tiba seblom tengahmalam di Muzdalifah untuk bermabit dan mengutip batu lontaran jamrah. Sabar jer makk.

Keadaan di Muzdalifah yg tiada khemah, cuma sebidang padang gurun yg tandus dan jemaah terpaksa tidur dikawasan lapang. Tidaklah sesejuk yg haku sangka walopon haku pakai jugak sleeping bag yg haku bawak. Haku pungut jugak batu2 kecil utk lontaran di Mina nanti. Lepas solat subuh, kami bertolak ke khemah kami di Mina.