NAFAR AWAL YG KALUT

Alhamdulillah. Walopon haku dah selamat melakukan Nafar Awal dan pulang ke Makkah, haku masih tak berpuashati pada kejadian pagi tadi. Ada rahmat disebalik kekalutan. Haku nak luahkan saja dlm blog haku (yg takde apa2) nih.

Begini ceritanya.

Sblom itu haku nak bagitau yg haku bukan ustaz pembimbing agama. Apa yg haku dipahamkan oleh ustaz/ustazah Tabung Haji, Nafar Awal adalah spt berikut:

Yang dimaksud dengan Nafar Awal adalah apabila kita hanya melontar 3 hari, bukan 4 hari seperti Nafar Thani/Akhir. Disebut Awal karena jama’ah lebih awal meninggalkan Mina kembali ke Mekah. Dan hanya melontar sebanyak 3 hari. Total batu krikil yang dilontar jama’ah nafar awal adalah 49 butir sahaja.

Jama’ah haji pelaku Nafar Awal hanya 2 malam menginap di Mina dan meninggalkan Mina pada tanggal 12 Zulhijah sebelum matahari terbenam.

Sepatutnya haku mengikuti rombongan jemaah Ustaz Razak yg akan berlepas kul 7 pagi. Tapi haku dah kuar khemah kul 6.45 (awal 15 minit) dan tetiba terjumpa sorang jemaah yg sedang mengheret beg rodanya yg akan terus ke Mekah. Haku pon join sama sebab haku nak jalan dulu. Dlm perjalanan itu, jemaah nih kata dia sedang menuruti sorang ustaz (didepannya) bersama2 jemaah lain utk buat Nafar Awal dan akan menaiki bas dipertengahan jalan. Haku difahamkan kumpulan mereka juga sudah ke Mekah semalamnya dan menaiki bas yg sama. Bayaran bas pula dikenakan sebyk 50 Saudi Riyal (haku tak kisah sbb kaki haku pon tengah melecet). Lagipon Ustaz Razak kata beliau dan rombongan akan berjalan kaki terus ke Mekah.

Haku namakan Ustaz dan ketua rombongan kecil haku ni sbg Ustaz Mawi (bukan nama sebenar). Diberitakan juga Ustaz nih berkelulusan tinggi dlm bidang agama dan pernah belajar di Morocco. Ustaz Mawi nih juga khatam alQuran setiap minggu. Haku layan je.

Bersama2 Ustaz Mawi nih, ada 8 orang sebenarnya: sorang makcik yg agak tua (ibu Ustaz Mawi yg haku ketahui kemudian), sorang budak (darjah 6) bersama2 ibu dan ayah beliau, pakcik jemaah yg haku tegur mula2 dan ikut tadi, haku, ustaz Mawi dan sorang ustazah (isteri Ustaz Mawi yg haku baru ketahui kemudian jugak).

Ustaz Mawi terpaksa jalan tergesa2 kerana nak mengejar bas yg dah berjanji menunggu beliau kul 8 pagi. Bayangkan, sebuah bas yg besar sanggup menunggu kami berlapan saja! Kemudian baru haku tau yg Ustaz nih semalamnya masa mereka (15 orang) ke Mekah sudah bayar harga 100 Saudi Riyal sorang. Dan haku respek ustaz Mawi nih sebab beliau leh speaking Arab uoools – kelulusan Morocco oke. Kemudian haku memang kagum tentang sikap beliau yg amat penyabar (termasuk melayan kerenah sorang isteri itu yg haku akan cerita sekejap lagik).

Kami ikut tingkat satu kompleks melontar. Sebab keadaan yg agak ramai orgramai dan Ustaz jugak sibuk menjaga jemaah yg lain, haku diarahkan membawa makcik tua tadi (ibu Ustaz Mawi) dan beliau tarik baju haku sepanjang pelontaran ketiga-tiga jamrah – Jamrah Sughro, Jamrah Wusto dan Jamrah Kubro. Alhamdulillah, dipendekkan cerita kami selesai melontar ketiga2 jamrah dan bersedia utk terus berjalan ke Mekah. Masa nih jam dah kul 7.40pagi. Kalo ikutkan kami tak sempat nak mengejar bas yg dijadualkan berlepas pd kul 8pagi. Tapi tetiba mirikel berlaku uoools. Tetiba ada sorang kakak nih yg berpakaian macam ustazah Tabung Haji sudah arahkan kami berpatah balik dan membaling semula ketiga-tiga jamrah. Haku sungguh terperanjat! Haku lawan balik, haku kata lepas baling Jamrah Kubro tak kena patah balik utk balingan jamrah utk esok hari. Ustazah (haku namakan Ustazah Kalut, bukan nama sebenar) nih takmoh mengalah, dan haku tengok Ustaz Mawi takleh nak kata apa (sapela tak sayang bini kanns) dan ikut saja spt yg Ustazah Kalut nih arahkan dan mereka bertujuh berpatah balik ikut laluan luar. Jadi dipendekkan citer, haku sorang2 diri terpaksa dok kat tiang depan Jamrah Kubro jaga beg2 mereka. Bukan setakat jaga beg2, tapi terpaksa melayan kerenah pak polisi yg mengarahkan haku dan beg2 segera dibawa kuar, maksudnya tempat itu dilarang menunggu.

Akhirnya setelah hampir setengah jam, dan setelah kena herdik dgn pak2 polisi Arab dan mengalihkan 8 buah beg2 (gambar diatas – bayangkan haku sorang kena alihkan beg2 tersebut), maka barulah Ustaz bekejar2an sampai ketempat haku menunggu. Haku pon naik hangin. Ustaz pon naik hangin tapi yg haku pelik tu tahap kesabaran dia yg haku tak paham. Rupa2nya baru haku tahu yg Ustazah Kalut tu sebenarnya isteri beliau dan makcik tua tu adalah ibu beliau. Rupa2nya beliau jugak terkilan dgn kejadian semalamnya masa dorang (seramai 15 orang) pergi ke Mekah, buat tawaf dan saie. Tapi yg haku bengang tu Ustazah Kalut nih masih takmoh mengalah, pot pet pot pet je dlm perjalanan nih dan sanggup kata haku bukan buat Nafar Awal. Haku ikut apa yg dah diperjelaskan oleh Ustaz/Ustazah Tabung Haji. Takkan Tabung Haji bagi arahan dan maklumat yg salah – nak kena saman kah?

Akhirnya haku terpaksa akur bahawa Ustazah Kalut (isteri Ustaz Mawi) ni jugak berkelulusan tinggi doktorate kat Morocco sama spt Ustaz Mawi. Speaking Arab dgn pemandu bas yg menunggu kami dan dalam perjalanan ke Mekah tu. Sungguh berlagak sungguh!

Sebenarnya banyk lagi haku nak citer, tapi haku nak berehat sebentar dulu oke. Kalo ada mood haku sambung citer lagik.

Tapi disebalik kekalutan yg haku citerkan tadi, menaiki bas ke Mekah dipertengahan jalan pon sesuatu yg rahmat bagi haku, berbanding dgn berjalan kaki sejauh 7 km itu. Haku dok kerusi depan bakang drebar dan peratikan je. Dan Ustaz Mawi juga menjadi konduktor sementara bas memanggil jemaah2 lain utk naik bas. Haku tertarik pada 2 kumpulan jemaah indon nih. Satu kumpulan (7 org), sanggup bayar 50 Saudi Riyal sorang dan bila dorang dah naik bas dorang cuba membuat tawar-menawar tentang tambang tapi Ustaz takmoh layan. Sambil diapi-apikan oleh bini Ustaz yg kalut yg haku citer kat atas tadik tuu – ‘kalo tak nak bayar, soh turun jak bang!’ – kuat dan jelas dan berulang2. Walopon begitu, haku terpesona bila mereka tahu yg kumpulan kami tadi datang dari Malaysia dan sebut orang2 Malaysia kaya-kaya belaka! Sampi begitu tahap pemikiran mereka kann. Manakala satu kumpulan lagi (dlm 8 org) didepan yg tak sanggup bayar 50 atau 40 Saudi Riyal sorang utk menaiki bas. Mereka hanya mampu bayar 10 Saudi Riyal sorang dan pemandu bas takmoh bagi dorang (kumpulan kedua indon nih) naik bas. Sampi Ustaz Mawi dan drebar bas (bangsa Palestin) kutuk2 (dari pertuturan Arab mereka) yg jemaah kedua tadi takde fulus (duit) – fakir miskin gitu. Dan sblom berjumpa dgn kumpulan kedua indon tu, ada kumpulan jemaah afrika (dari Nigeria) yg terdiri beberapa wanita2 tua yg bongkok yg sanggup bayar pada drebar bas 40 Saudi Riyal sorang.

Wallahualam.