Month: November 2011

TV ARAB

Haku nak citer skit pasal saluran tv Arab dlm bilik hotel yg cinonet nih. Buat masa nih cuma ada 5 saluran. Channel al-jazeerah, kartun, sukan bolasepak, berita tv dan satu lagi kaabah live. Semuanya bahasa Arab tapi. Berita pulak asyik tunjuk gambar2 Israel – Palestine – Yaman – Syria je. Kalo paham takper. Boring kann.

Pascanota 1. Nak gi melontar ‘shopping’ kat kedai tepi longkang bawah pon takde benda nak dibeli lagi. Lagipon ituari dah ‘tahallul awal’ kat Madinah. Kehh.

Pascanota 2. Hanger yg bertambah tambah kat lampu dinding tu bukan haku punye oke.

KAABAH THIS MORNING

Dah agak seminggu haku tak tengok kaabah. Asyik demam saja. Kekadang malas nak turun ke dataran tangga ke laman Kaabah sbb terlalu padat dgn umat manusia. Astaghfirullah.

Tapi pagi2 tadi hatiku tergerak dan rindu nak jenguk kaabah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih bisa diizinkan utk melihatnya lagik dgn mata kepala ku sendiri.