YOGYAKARTA TRIP: THE EPILOGUE

Me baru tiba dari Yogyakarta (Jogja) malam kelmarin. Ini adalah kali ketiga me melancong ke Indonesia. Yg pertama, me ke Batam (bersama aQi). Kedua, me ke pulau Bali bersama geng kelas Nikonian photography.

Pendek cerita, pengalaman yg menarik juga. Pulau Jawa, tempat lahirnya nenek moyang me disana.

Cuma beberapa catatan peribadi saja yg me nak kongsi bersama.

  • Hotel Cakra Kusuma walaupun agak selesa tapi tuala yg buruk dan kecil.  Elok bawa tuala sendiri.
  • Pencapaian wifi di hotel yg tak stabil dan selalu ‘error’. Kalau terdesak, boleh berjalan ke seberang jalan utk melayari internet di cyber cafe.
  • Di Jalan Molioboro terdapat banyak vendor disepanjang jalan kaki lima yg menjual cenderahati dan cenderamata. Lebih baik tinjau dulu kedai2 yg terdapat didalam yg menawarkan harga lebih baik.
  • Begitu juga ketika turun dari melawat candi Borobudur, sila abaikan makcik2 dan pakcik2 yg mengejar2 dan berguling2 menjual barangan cenderahati. Kedai2 di arena pasar juga menawarkan harga yg lebih menarik.
  • Matawang – lebih baik tukar di Malaysia utk kadar yg lebih tinggi. Kadar tukaran wang semasa ialah RM1 = 2,800 rupiah.
  • Kad ATM (CIMB/Maybank) eloklah di’activate’kan di Malaysia. Kad kredit haruslah ingat kata laluan.
  • Sebelum berangkap pulang ke tanahair, pastikan ada lebihan uang tunai utk bayar cukai bendara yg berjumlah 100,000 rupiah seorang. Dan jangan lupa, sediakan uang tunai juga utk ‘checked-in bag’ sebab mereka (AirAsia) tidak terima kad kredit.