EPILOGUE: BEIJING MOSLEM TOUR

Sudah lebih seminggu me pulang dari Beijing, China. Sebelum me terlupa, baik me buat entri pengalaman me ke sana.

1. Makanan. Mula-mula sebelum berangkat memang fobia. Sampai me bawa 3 mangkuk mee segera. Mak2 cikKiah pon sibuk juga bawa rendang kambing dan sambal ikan bilis kacang yg sedap tu. Tapi alhamdulillah, ejen pelancongan telah melaksanakan tugas beliau dgn baik dgn membawa me ke restoran muslim setiap hari selama berada di sana.

2. Solat. Kecuali hari pertama yg mana kami tiba di Beijing sudah lewat petang. Jadi selepas makan malam, kami bersolat di bilik hotel pula. Walaupun me bawa kompas kiblat, didalam kamar hotel juga terdapat tunjuk arah ‘West’ bersamaan arah kiblat. Dan setiap hari pemandu pelancong kami akan membawa ke masjid2 Islam berdekatan.

3. Bahasa. Pada hari pertama lagi sudah menghadapi masalah ingin membeli simkad cina. Sibbaik kebetulan ada sorang pelajar yg sedia membantu kami. Gambar me dan pelajar tersebut di hari terakhir.

4. Pengangkutan. Olehkerana kami mengikut ejen pelancongan dgn menaiki van, jadi ini bukanlah masalah besar. Cuma, pd hari kami pulang ke hotel dari Stadium Olimpik (The Bird’s Nest) utk mendapatkan teksi pun agak mencabar juga. Sibbaik kami bawa kad hotel bersama dan tunjukkan pd drebar teksi tersebut.

5. Wang tunai. Seelok-eloknya tukarlah wang renminbi di Malaysia dulu sebelum berangkat kerana kadar yg lebih tinggi.

6. Bandaraya Beijing yg moden dan bersih amatlah memeranjatkan me. Me sangka keadaan bandarnya bagai di Vietnam atau Georgetown yg sesak dan huru-hara gitu.

7. Tiada kelibat motorsikal di Beijing. Me tipu. Sebenarnya adalah 2 ke 3 motorsikal berbanding basikal, tetapi basikal tidaklah sebanyak seperti di Vietnam. Harhar2, macamlah me pernah pergi Vietnam.

8. Internet. Walaupun me jumpa kafe siber, tapi tidak boleh memasuki laman Facebook. Dan teruknya, blog me ini pon tidak keluar gambar2.

Alahai.

Advertisements