AIR JARANG | BUKAN AIR OREN

Kain Jarang (Google Image)

Ada sesiapa tidak pernah dengar perkataan ‘Air Jarang’? Ya, hanya orang Johor saja yg selalu sebut perkataan ini. Air Jarang yg me maksudkan bukanlah air seksi sebab pakai baju jarang seperti gambar diatas. *Ketawa. Melalut pulak me ni, nanti tiba-tiba kena hentam dengan akak Anon pula. *Ketawa lagi. Hai akak Anon, kalau akak nak tahu Air Jarang tu apa, sila tengoklah gambar di bawah ini ya.

Inilah benda Air Jarang yg me selalu order kalau makan di warung mana-mana. Alah, yg selalu dipanggil juga Air Masak lah, Air Putih lah, Air Suam lah ataupun nama komersialnya Sky Juice. Boleh gitu?

Jadi kalau ada yg baru berpindah ke Jay Bee tu, jangan tak paham ternganga pula bila ada orang minta Air Jarang. *Senyum.

Alahai.

The Sky-juice