KARANGAN AKU SEBUAH KIJANG

↑ my well-behaved van by the Sungai Johor this morning

Aku merupakan sebuah van yang diberi nama Toyota Unser (1.8 GLi Automatic). Kalau di Indonesia aku dipanggil Kijang. Kalau kijang di Malaysia adalah seekor binatang yg dipanggil rusa pula. Kalau di Jepun aku tidak tahu pula dipanggil apa. Aku telah dihasilkan di salah sebuah syarikat kereta di Shah Alam, iaitu Syarikat Toyota. Badanku berwarna merah tua.

Aku telah dihantar ke salah sebuah kedai di Ampang Point bersama-sama dengan sepuluh buah rakanku yg lain untuk dijual. Antara kami, akulah yg tercantik dan termahal kerana badanku dihiasi dengan pelbagai aksesori yg canggih dan terkini.

Setelah sebulan berada di kedai itu, maka datanglah seorang lelaki untuk membeli kereta. Setelah melihat-lihat kereta yang ada situ, akhirnya lelaki itu telah memilihku. Lelaki itu berpuas hati dan ingin membeliku walaupun hargaku mahal.

“Biarlah alah membeli tetapi menang memakai,” kata lelaki itu.

Aku dapat tahu bahawa bakal tuan aku itu merupakan seorang lelaki yg biasa-biasa sahaja yg tiada apa-apa istimewanya. Aku amat bangga bila mendapat tahu bahawa lelaki itu mempunyai ahli keluarga yg agak besar (seperti kebanyakan orang-orang Jawa) dan akan digunakan dihujung minggu sahaja.

Lelaki itu menggunakan aku dengan cermat sekali. Dia akan memandikan aku sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Dia juga akan sentiasa memastikan angota-angota badanku berada dan dapat berfungsi dengan baik. Jika keadaan sebaliknya berlaku, dia cepat-cepat membawaku ke bengkel untuk dirawat.

Masa begitu pantas berlalu. Dalam diam, rupa-rupanya aku telah berkhidmat kepada tuan aku hampir 10 tahun. Usiaku semakin tua dan badanku juga terasa lemah-lemah.

Pada suatu pagi, tuan aku telah membawaku ke sebuah kedai kereta. Rupa-rupanya tuan aku ingin membeli sebuah kereta baharu, dan pada mulanya dia bercadang ingin tukar tambah aku dengan kereta baharu. Walaubagaimanapun akhirnya tuan aku memilih untuk membeli sahaja kereta otomatik yg paling murah untuk kegunaan hQ (baca his Queen). Aku tidak berasa cemburu, namun aku gembira kerana masih dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada tuan aku. Sepanjang dia menggunakan aku, hanya sekali saja aku terlibat dalam kemalangan. Lagipun, kereta kancil otomatik yg baharu itu merupakan kereta keluaran tempatan Malaysia pula. Tapi tersangatlah tempatan, lelaki itu hendak minta diganti pengubah isyarat yg rosak di Perodua Taman Cendana Pasir Gudang pun kena tunggu barang-ganti dari Jepun juga. *Ketawa.

Kini, aku masih tinggal bersama rakan-rakan yang lain di rumah tuan aku itu. Aku sentiasa berdoa agar dapat memberi khidmat untuk beberapa tahun lagi kepada lelaki itu dan keluarganya.

Alahai.

↑ panorama view of Pulau Juling this morning from Kong Kong Fishing Village

↑ Pulau Juling sunrise

Advertisements

6 thoughts on “KARANGAN AKU SEBUAH KIJANG

  1. mana gambo kijang nye…
    panjang berjela la karangan ni…
    nnti2 la baca… ahhaaaa…

Comments are closed.